Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Jun-2009 09:21 Email | Share | Bookmark
Apom Balik

 

Untuk minum petang hari ni kak rus buat apom balik yang dah lama dah tertangguh nak buat.Kak rus ada kuali apom balik peninggalan arwah mak kak rus.Dulu-dulu arwah ayah kak rus buka kedai runcit.Disamping menjual barang keperluan harian,arwah ayah kak rus juga menjual ais kacang,rojak,kuih muih dan apom balik.Kak rus masih ingat ketika mengadun adunan bater apom balik arwah ayah kak rus menggunakan pemukul yang dibuat daripada rotan.Lebih kurang 3 bilah rotan panjang dilipat 2 dan diikat kejap dan kemas dan rotan ini diguna untuk memukul bater bagi naik la kut....Bila dilipat dua rotan yang 3 bilah itu menjadi 6 bilah.
Sebenarnya apom balik tu arwah mak kak rus yang mengadunnya dan yang membuatnya adalah budak-budak kampung yang sudi bekerja dengan arwah ayah kak rus.Mereka akan membuat dan menjual rojak,ais kacang,apom balik dan kuih muih dan diberi upah oleh ayah kak rus.Ayah dan mak hanya pantau-pantau saja kerana arwah berdua lebih fokus pada kedai runcit.Kak rus sama naik la....jaga kedai...malam-malam kak rus beserta ayah dan mak akan mengira duit perolehan perniagaan hari tu.Seronok ingat nostalgia masa dulu-dulu....

Resepinya
2 cawan tepung gandum(kak rus guna 1tep. gandum 1 tep.naik sendiri
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate(kak rus tak guna pun pasal tak dak)
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar(kak rus guna 2 sudu besar susu tepung dan 1 1/2 caw air)
sedikit pewarna kuning dan garam
Bahan Tabur:Kacang ditumbuk,bijan disangai,gula pasir,jagung krim dan majerin
Semua bahan kak rus blend dan biarkan sekejap kemudian buatlah proses macam buat apom balik kak Pasar Tani tu......
Kak rus ingat bater ni akan jadi rangup.....tapi tak rangup pun walaupun apom balik kak rus buat tu style yang nipis punya....nak kena try lagi.
Kepada pemberi resepi yang kak rus rujuk kak rus ucapkan terima kasih...

Medley Dia & Rindu




Bye-bye......Terima Kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net