Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Jun-2009 11:21 Email | Share | Bookmark
Ketuhar Baru , Karipap Bakar, Kuih Cara Manis dan Kek Ubi Kayu

 
 
 

Walaupun ketuhar Europa kak rus masih gagah boleh diguna kak rus terpikat dgn Bonuslink point yang ditawarkan untuk diredeem.Dalam tempoh seminggu kak rus hantar tawaran tersebut ...tup-tup..sampai.Alahai seronoknya....Kak rus merasmikan penggunaannya dengan membuat karipap bakar menggunakan Roti Prata jenama Kawan yang selalu diuar-uarkan kawan-kawan fp yang lain......mmmmmmm best...rangup.Tak payah lagi kak rus menguli dalam keadaan tangan kak rus yang tak mengizinkan....

Kuih Cara Manis

Kuih cara ni taklah bakar dalam ketuhar tapi bakar atas dapur.Tapi memang boleh bakar dalam ketuhar pun tak jadi masalah....Kuih cara manis ni kak rus tak taruh inti gula tapi susu pekat....memang sedap...ni ikut cara arwah mak kak rus....



Malam semalam kak rus membuat kek ubi kayu menggunakan ketuhar yang baru tu lah.Kek tersebut nak dibawa ke tempat ngaji hari ni kat rumah Datin.Selain kek kami dijamu laksa yang ditempah khas dari Kuala Perlis...wow sedap tak terkira...,tapai pulut,lepat liat dan bengkang gandum.Resepi kek ubi kayu sekiranya ingin mencuba....

4 cawan parutan ubi kayu yg siap diperah
1 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
4 biji telur
sedikit garam
3 sudu makan butter lembut suhu bilik
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
sedikit pewarna kuning

1.Panaskan ketuhar dan lengserkan acuan 8x8 dgn butter cair/minyak masak
2.Pukul gula,butter dan telur sekadar sebati semuanya.
3.Masukkan parutan ubi,baking powder,vanilla,santan,susu cair,pewarna kuning dan garam...sebatikan
4.Tuangkan ke dalam acuan dan ratakan minyak yang timbul di permukaan dan bakar selama 1 jam dgn api atas bawah.
5.Biar sejuk sebenar-benarnya sejuk baru elok bila dipotong.......mmmm sedap memang sedap




Bye...bye...Terima Kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net