Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 3-Jul-2009 08:33 Email | Share | Bookmark
Popia Goreng dan Bihun Goreng Lada

Popia Goreng
Bihun Lada


Teringin nak makan popia goreng...memandangkan kak rus try beli kulit popia bertelur kat Pasaraya Billion......kuning sikit kulitnya.Intinya mudah:

Ubi sengkuang diparut memanjang
Carrot juga diparut memanjang
sedikit udang hidup dicincang
lada hitam
sos tiram
bawang putih
daun bawang
sedikit perasa ayam
Tumis bawang putih dan masukkan udang kemudian bahan-bahan yang lain.
Tak perlu masukkan air sebab sengkuang tu dah berair.
Selepas disejukkan masukkan inti ke dalam kulit popia...kak rus lekatkan kulit tu
dengan membuat kanji tepung ubi.....dah tu goreng...mmmmmsedapppppp


Ini pulak hidangan sarapan pagi tadi sebelum ke rumah Datin....pi ngaji kitab...
Bihun Lada......mmmmm sedapppppp.Lepas ngaji Datin pun jamu bihun lada juga dengan kuih serabai cicah kuah durian,pulut udang,pulut kuning + kari ayam dan buah-buahan dari dusun Datin iaitu durian,rambutan dan manggis.....sedapnya durian datin....isinya kuning.....






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net