Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 24-Jul-2009 01:53 Email | Share | Bookmark
Makan Angin di Sabah


Kak rus bersama ahli-ahli MGB bertolak ke KK dari Pulau Pinang pada pagi Jumaat.Penerbangan ke KK mengambil masa 2 jam 50 minit...tapi tiba lebih awal.Sebelum ke tempat penginapan kami dijamu Nasi Ayam di Tanjung Aru sebagai hidangan tengahari dan terus ke 1 City Hotel. Wow.....tempat penginapannya begitu cantik menawan memandangkan hotel ini baru dibuka di kawasan penginapan dan kedai-kedai .Lorong untuk masuk ke hotel terletak berhadapan Wisma Merdeka dan Hotel Hyatt.....makan minum tak disediakan tapi kedai makan banyak di sini...Restoran Maimunah dibuka 24 jam berhadapan hotel...Burger King dan KFC di corner lot hotel...mmmmm tak jadi masalah.Satu malam penginapan baru RM98.00.
Letak beg di penginapan terus kak rus bawa kawan-kawan yang lain yang berhajat benar untuk ke Jamilah Jewellery...Hamidah,Azizah,Fauziah Murni dan Habsah...sebab kak rus dah pernah ke Sabah sebelum ini.Rupanya Jamilah Jewellery dah buka sebuah lagi kedai baru berhadapan kedai lamanya...wow...semua barangan ditawarkan 50% potongan.....


Hari kedua kami dibawa melawat ke serata tempat di persekitaran KK ...antaranya zoo dan muzium...Sebelum naik bas kami sempat bergambar di tepi pantai yang berdekatan denagn hotel .Makan tengaharinya di Putatan....hidangan di salah sebuah restoran di tengah-tengah kawasan kedai di situ memikat hati kak rus..tapi tak teringat nak ambil gambar...sedap bangat tapi harganya wow...RM7.00 sepinggan hidangan taruh atas saja.Kak rus tak ingat apakenama restoran tu...tapi memang sedap...yang kak rus ingat semua pelayannya berbaju batik warna coklat.



Kak rus cuma teruja untuk mengambil gambar-gambar bunga teratai in semasa melawat Taman Budaya Sabah yang terletak di belakang Muzium Negeri.
Hari Ahad kami diberi kebebasan...tidak terikat dengan jadual aktiviti.Kebanyakannya menyewa boat untuk ke Pulau Gaya.Memandangkan anak kak rus yang berada di Institut Perguruan Gaya Sabah bermalam dgn kak rus di hotel..paginya dia membawa kak rus ke Pasar Gaya.....wow...macam-macam barang yang dijual tapi ngapa kak rus tak teringat pun nak ambil gambar......Kemudian kak rus sekali lagi ke kedai Jamilah Jewellery,ke Pasar Filipina,ke pasar harian,ke pasar ikan kering dll di persekitarannya.Alahai lenguh dah kaki kak rus.....balik ke bilik lah jawapannya.



Hari ke 3 kami dibawa ke Kundasang,Ranau dan tempat-tempat pelancongan sebelum sampai ke Kundasang.Tak ada gambar lain yang kak rus ambil selain gambar bunga-bunga ini.Pemandangan sungguh menawan.



Makan malam hari ke-2 kami di bawa menjamu selera di Tanjung Lipat,Likas....tepi pantai....kak rus berempat bersama-sama 2 rakan anak kak rus menikmati hidangan di sini.....Kupang goreng sos tiram,tomyam ayam,kailan ikan kering dan bawal panggang bercili beserta minuman....RM72.00....Kami tak boleh nak habiskan tomyam pasal rasanya maaannniiisss......



Jewellery yang dibeli dah tinggal separuh.....separuh lagi bagi kat kawan-kawan dan staff.Tak lupa kak rus juga membeli ikan masin dan kuih cincin.....



Terima Kasih....Bye...bye


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net