Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Aug-2009 12:32 Email | Share | Bookmark
Sayur Lemak Timun,Ikan Goreng Masak Bercili dan Jus Avacado


Hari ini buat sayur lemak lagi memandangkan ada timun 2 biji dalam peti ais...kalau dibiarkan lama kuning nanti jadi kulitnya dan buat sayur lemak nampak tak cantik.Gu nya yang sedap untuk hidangan hujan-hujan ni ialah sambal tumis atau masak cabai...kak rus buat masak cabai sahaja untuk dituangkan atas ikan goreng...mmmmm sedapnya......
Kak rus juga buat jus avocado.....teringat jus ni semasa kak rus ke Padang,Pulau Karimun dan ke Jakarta.
Memang sedap..........



Sediakan air gula merah/gula melaka=masak pekat dgn daun pandan,tapis dan biarkan sejuk.
2 biji buah avokado sedang,dibelah,dibuang kulit dan biji
1 cawan air
1 cawan ais
2 sudu makan susu pekat
sedikit pewarna hijau
Ke semua bahan diblend,tuang selang seli ke dalam gelas dengan air gula merah/melaka.
Cara membuatnya kak rus tengok sendiri di P.Karimun tapi kak rus tambah susu pekat bagi sedap dan berkrim. Boleh juga guna susu segar tapi tambahlah gula sikit dan kurangkan air.....OK... Selamat Mencuba...pasti nak lagi.....




Bye....bye......Terima Kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net