Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Sep-2009 12:22 Email | Share | Bookmark
Macam-Macam Nak Rasa

 
 
 
 
 
 
 
Macam-macam kak rus nak rasa di bulan-bulan puasa ni.Kalau dulu balik kerja pukul 5 dah kalah tak akan masak.....perangat pun tak larat tapi alih-alih setiap kali bulan puasa datang rajin pula mengatur hidangan.Macam-macam nak masak...Antaranya kak rus teringin nak masinkan mulut dgn hidangan Lobak Masin Goreng sama Telur dan Kacang....mmmm sedap.Suami kak rus pun sama hari-hari mau pula dia buat sambal belacan....tak buat sambal belacan dia buat air asam...bertuah badan....Hai...bulan puasa ni bukan nak kurangkan berat badan tapi mambina badan pulak....


Sebelum tu meh ambik bawa balik kad raya ni....












Kemudian teringin pulak nak makan Rasam Ikan Kering Pecah Telur.....mmmmm....lagi sedap...... .Makan ketika hujan...makan pulak ngan nasi panas-panas...elok pun ...buka puasa hari tu tup...tup..hujan turun.Bertambah lajulah kak rus makan......sedap sangat reasipi drpd arwah mak kak rus.........



Resipinya:
200 gm tulang ikan masin+isinya rendam dlm air beras pastu goreng.
1 biji telur
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu kecil lada hitam*
6 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
sedikit halia*
sedikit serbuk kunyit
Semua yg bertanda* ditumbuk/dikisar
Bahan tumisan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkal daun kari
1 sudu besar halba campur
5/6 tangkal cabai kering digunting
segenggam asam jawa diperah dgn 2 cawan air
garam dan serbuk perasa
1 biji tomato dibelah
daun ketumbar
minyak untuk tumisan
1.Tumis bahan tumisan mcm nak buat kari,dekat-dekat kuning masukkan cabai kering kemudian masukkan bahan kisar,serbuk kunyit dan sedikit air
2.Bila pecah minyak masukkan air asam,biarkan mendidih masukkan ikan kering.
3.Bila mendidih sekali lagi masukkan telur,kacau sebentar kemudian masukkan garam,daun ketumbar dan tomato.




Manisan pencuci mulutnya kak rus buat Buah Melaka Labu....mengancam sungguh...tapi tak boleh makan banyak pasal dah kenyang....tapi sedap bukan main lagi.

Menu hari seterusnya.....hairan mana mai kesungguhan nak masak walaupun tak larat,kak rus buat Lemak Sawi dan Ikan Bawal Masak Cili...mmmm....Masa balik rehat kerja kak rus kacau sagu....nak dihidangkan dgn kelapa putih....pun sedap...



Sagunya terlebih air sikit tapi tak mengapa jangan terlebih gula.Gula kena cukup-cukup sebab kalau kurang gula tak sedap pulak.....kalau lebih hai takut gantung kaki...hehehe...





Hari seterusnya...kak rus buat kerabu kacang kelisa,kari ikan kering ngan nanas dan sayur lemak pucuk labu dan buah labuuuuu....Gambar sambal belacan/air asam yg suami kak rus buat tiap-tiap hari tak ambil pun......sorry ya hubby........Siap dgn ulam dan ikan bakar.........mmmmmmmm....







Teringin makan lopes pulak....balut ngan daun pisang...rebus...sejukkan......
potong pulut tu dgn benang yang diikat di kaki meja....hehehe...gaulkan ngan kelapa putih yg dicampur sikit garam.....makan ngan sirap gula melaka...oh mak sedapnya.....
Resipi bonda...
Bahan2nya:

* Beras pulut setengah kilo *seeloknya direndam semalaman*
* pati dari air perahan daun pandan + sedikit pewarna hijau epal
*1 sudu besar air kapur
*daun pisang
*tali rafia
* kelapa parut + garam
* air sirap gula merah/gula melaka


Cara buatnya:

1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian ditanak dengan air yang bercampur pati daun pandan,air kapur dan pewarna hijau.
2. Tanak separuh masak sambil dikacau2 supaya tidak hangit.
3. Bila sudah kering air dan pulut agak separuh kental, mulalah menggulungnya di dalam daun pisang yang dah siap dilayur sebelum itu.
4. Ikat di kedua2 hujung daun pisang dengan tali rafia. Ikat juga di bahagian tengah supaya tidak pecah semasa merebus.
5. Bila siap semua, rebuslah selama 1 - 2 jam.
6. Toskan dan biarkan sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa + garam
7.Potong menggunakan benang yang diregang.
8.Sedap sangat dimakan pula dengan sirap gula merah.
9.Bungkusan pulutnya yang didalam daun pisang tu boleh tahan 3 hari sebab
adunannya tidak dimasukkan santan




Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda:


1. MATA

Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin
sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid
berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan
hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak .
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5.BIBIR

Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem
penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH

Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7.TELINGA

Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8.KULIT

Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
2. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin
yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
3. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
4. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


9.RAMBUT GUGUR

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


10. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) SAKIT SENDI
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN .
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI .
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI .
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI .
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI .
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


12. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
2. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK .
Tanda sakit jantung.
4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

13. KENCING

a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit
batu karang atau buah pinggang luka.

14. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

15. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

16. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

17. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

18. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

19. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

20. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL

Sistem penghadaman yang lemah.




Bye...Bye...Terima Kasih... [b]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net