Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-Oct-2009 01:49 Email | Share | Bookmark
Kurma Sayuran

Kurma Sayuran
Teringin sungguh kak rus nak makan masak kurma ni....kurma sayuran.Selalu dok pekena kurma ayam ,kurma daging or kurma telur.Semalam bila dok selak buku resepi lama terjumpa keratan resepi ni...resepi dari Majalah Wanita...sedap juga pasal guna sayur-sayuran saja....



Bagi yang ingin mencubanya
[b]200gm bunga kubis
2 biji ubi kentang dipotong dan digoreng
1 biji capsicum hijau
sayuran lain seperti carrot,buncis,kubis,terung,celery dll
2 biji tomato 1 labu bawang besar dibelah
2 biji cili merah dibelah
1 cawan santan
3 sudu besar minyak
1/2 mangkuk yogurt
1/2 kiub pati perasa ayam(kak rus tambah)

Rempah untuk dikisar
1 inci halia
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
10 biji gajus
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam/putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar garam masala(kak rus guna serbuk rempah kurma)
1 sudu teh jintan manis
Semua bahan ini dikisar dgn sikit air

Cara membuatnya
Pijarkan minyak tumis rempah yang dikisar sampai naik minyak.Masukkan sayuran-sayuran yang disiapkan tadi.Masukkan santan,garam,perasa ayam dan yogurt.
Bila cantik naik minyaknya....boleh dihidangkan.....[/b



[b]Apa Salah Kek yang kubuat?????

Malam Ahad yang lalu kak rus membakar sebiji kek untuk jamuan staff dan jaga di pejabat.Kak rus buat kek Prune berwalnut yang dipelajari drpd chef Liza...yang jadi duta Minyak Daisy tu.....apa kesalahannya kak rus tak tahu...kek kak rus tenggelam di bahagian tengah....rasanya sedap yang amat...jadi kak rus cuma membawa potongan kek tersebut dibhg tepi....Hairan juga....dah berpuluh-puluh tahun kak rus buat kek tak pernah pun jadi macam gini tapi apa pun mungkin risalah di bawah boleh memberi jawapannya...hehehehehe.......

Menurut Chef Wan, proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.

Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.

Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.

1. Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.

2. Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

3. Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.

4. Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

5. Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.


Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?


Masalah Yang Sering Dihadapi

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

- Kek Terlalu Lembap dan Leper

* Terlampau banyak cecair.
* Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
* Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
* Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

- Kek Merekah di Atas

* Ketuhar terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
* Kekurangan cecair.
* Acuan tin terlalu kecil.

- Kek yang Mendap di Tengahnya

* Ukuran acuan tin tidak betul.
* Sukatan bahan tidak tepat.
* Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
* Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
* Gula yang diguna gula kasar

Semoga kek anda menjadi..







Bye...bye...Terima Kasih...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net