Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 29-Oct-2009 14:09 Email | Share | Bookmark
Dah Bersaraaaaaaa.....

 
 
 
 
Pada 27 hb Oktober 2009.....hari terakhir kak rus berkhidmat sebagai GB di SKST.Pagi-pagi lagi kak rus kena pergi PPD Kuala Muda/Yan.Kak rus kena bawa buku-buku akaun sekolah utk disemak dan yang berdebak-berdebuk kak rus kena berucap di depan PPD dan khalayak pegawai dan staff diPPD,KMY.Menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan dengan peristiwa tersebut.Pengalaman berdepan dgn guru,ibu bapa dan murid-murid malah kemesraan Tuan Hj. Ismail bin Shaidan dan kakitangannya di PPD membuatkan perasaan debuk-debak itu hilang.....terasa besar hati apabila dihormati dgn kata pujian...kemudian kak rus dijamu makan......mmmmm pagi-pagi lagi dah dijamu dgn hidangan makan tengahari Tn Haji belanja...Terima kasih ....sekali lagi.Kemudian berpatah balik ke pejabat PPD untuk berurusan dgn Puan Hamidah..Pegawai Akaun/Kewangan......lama juga dok kat situ.
Bila selesai kak rus diarah balik ke rumah kerana PK1 dan PK Petang nak datang menjemput utk dibawa ke sekolah.......dah ramai GB(rakan-rakan kak rus) menunggu kak rus di pejabat .Perarakan dgn paluan kompang oleh murid-murid kak rus dari pasukan kompang(9 murid India 1 murid Melayu)....mmmmm...bolehlah.
Alahai sebak dan pilu rasa hati bila dirai begitu....lebih sebak bila kata-kata pujian drpd Pengerusi Bilik Guru-En.Ong Tack Boon,YDP PIBG En.Subramaniam,Ketua Murid-Mishelle dan Pengerusi MGB-En.Nordin bin Man berucap.Kak rus tak dapat berucap panjang kerana suara dah tersekat-sekat...air mata dah bergenang .
Persembahan demi persembahan dipertunjukkan....hadiah demi hadiah diserahkan...alahai.....kak rus dah BERSARA......Kak rus di hantar pulang tapi pada pukul 2.45 ptg sekali lagi Penyelia Petang En.Md. Fauzi bin Yahaya datang pula menjemput kak rus kerana ada lagi majlis khas dari murid sesi petang...terkedu hati kak rus bila mereka mempersembahkan lagu nyanyian Sudirman...tak ingat lagu apa...tapi pilu habis.....Cikgu-cikgu petang menjamu selera dgn hidangan Mee Udang dan Kuih badak....sedap sangat....Terima kasih semua warga SKST....tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat............







Malamnya Kelab Bilik Guru meraikan kak rus dgn jamuan Dinner kat Swiss Garden






Besoknya 28hb Oktober 2009 kak rus ke sekolah sekali lagi wlp sebenarnya bukan lagi hari bekerja kak rus.Hari ini genaplah usia kak rus ke 56 tahun.....kak rus buat jamuan balasan kepada GB-GB,guru-guru dan beberapa tetamu...nak buat kat rumah suami pulak tak dak tak balik lagi dari Padang....jadi buatlah saja kat sekolah.Cik Sheena guru BI menghadiahkan kpd kak rus kek harijadi untuk ditiup lilinnya.... 3 kali potong kek untuk birthday kak rus tahun ini.TQ very much Cik Subashsheena.....kenangan bersama kalian semua guru dan staff di SKST tak mudah kak rus lupa..akan tersimpul mati,terpahat berseri dalam hati dan sanubari kak rus...huhuhuhu......sampai habis nyawaku........




Lagu-lagu drpd Lulu menjadi kegemaran kak rus masa bersekolah dulu-dulu
To Sir With Love
Let Pretend
First of May
To Love Somebody



Bye...bye.....Terima Kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net