Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Dec-2009 02:10 Email | Share | Bookmark
Juadah Aidiladha dan Doughnut Labu

Juadah AidilAdha
Donut Labu
Donut Berhias
Teringin betul kak rus nak buat air Jimi Asmara....apalagi di hari mulia Hari Raya Aidiladha kak rus terus menghidangnya untuk seisi keluarga....sedap.TQ Ummi.Juadah utama hari itu ialah Mee Jawa yang dah lama kak rus tak buat.Kak rus juga menghidangkan Kek Marble Pelangi resipi dari rumah Mamafami.TQ semua.....
Kena buat lain air Jimi Asmara tu....tuang lebih orange Sunquick tu....tak nampak hijau ayu macam Ummi buat......


C&P Air Jimi Asmara dari rumah Ummi

Code:
4 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar oren sunquick (jangan terlebih, nnt x jadi lak)
1 sudu kecil esen pisang (banana essence)
beberapa titis pewarna hijau
Air masak putih secukupnya
Ais ketul

Cara Menyediakan:-

1.
Masukkan gula dalam jug. Larutkan dengan sedikit air panas.
2.
Masukkan oren sunquick, esen pisang, pewarna hijau dan air.
3.
Kacau sebati. Masukkan ais.
4.
Siap untuk diteguk...slurrrppp!!!....Errrkk!! Bestnyaaa...


TQ Ummi




Code:
Rainbow Butter Cake (Dari rumah Mamafami)
Bahan-bahan :

250g mentega
200g gula halus
5 biji telur
210g tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil esen ros
* pewarna makanan : merah jambu, kuning, hijau, biru(kak rus X boh pun biru)

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan bater kepada 4 mangkuk kecil.
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan bater.
8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.
10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit.



TQ Mamafami

Labu lebihan masih ada....semalam kak rus buat lagi sayur lemak labu...lebihannya
kak rus buat Doughnut Labu....resepi dari rumah Gert dari resepi Doughnut Keledek.
Resipinya:TQ Gert.....Hmmmm so yummy.....

Code:
Sweet Potato Doughnut.....dari rumah Gert
Ingredients :

320 grams flour (a bit more if the dough is too sticky)
2 tsp yeast
1/2 tsp salt
150 grms mashed sweet potatoes(kak rus gantikan dgn labu)
2 tbsp sugar
30 grms butter
100 ml water

For coating

Some sugar or cinnamon sugar

1. In a large mixing bowl mix all the ingredients together and knead for about 6-7 minutes until you get nice smooth dough. Add some extra flour if it’s so sticky. Cover the bowl with a dry kitchen towel and let it rise for an hour or double it size at a warm place.

2. Punch down the dough and remove onto a floured work tabletop. Roll out the dough to about 1/4" thick and cut the dough out into rounds with a donuts cutter. Gather the snaps and re-roll, then cut out more donuts.

3. Place donuts on parchment paper,cover and let rise for 20 minutes or until they feel light and spongy.

4. Heat oil for deep-frying in a frying pan over medium heat. Slip a few donuts into the oil at a time, leaving enough room for them to expand. Make sure that the oil is not too hot otherwise the donuts will not be cooked.

5. When the donuts are golden brown, turn them over and cook the other side. It takes about 2–3 minutes to cook through. When donuts are done, remove from oil and drain the oil on paper towels before rolling them in sugar.



TQ Gert

Ada lebihan donut sebanyak 9 biji....kak rus simpan lam peti sejuk.Pagi besoknya lepas balik dari jogging kak rus perangat donut tu...(boh dlm oven aje),kemudian sejukkan.....apa jadi..........bahan hiasan dan make up terlalu tebal.....pasal seronok sangat...percubaan menghias donut...macam budak-budak dapat alat make up mak-mak....hehehe ...............Yummy...yummy...so..so..Yummy.






Bye-Bye....Terima Kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net