Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Dec-2009 11:54 Email | Share | Bookmark
Kelapa Oh...Kelapa

Apam Potong
Lompang Hijau Kuning
Pais Udang
Semalam sebelum pi jogging kak rus mengadun tepung utk buat apom.Kak rus namakannya Apom Potong...sebab memangpun kena potong sebelum dihidangkan....teringat iklan potong...potong...potong...potong...sampai heboh di parlimen...hehehe....
Balik dari jogging kak rus singgah kedai mamak beli nyiur parut yang putih.Bila masuk ke dapur,kak rus lihat adunan yang diperap dah melimpah....wow....wow....Terus kak rus kukuskan apom tersebut....Apom potong.....kak rus buat warna rose....ayu gitu...hehehe..



Resipinya kalau ingin mencuba:

Air gulanya dimasak terlebih dulu dan disejukkan
1 cawan gula pasir
3 1/2 cawan air
daun pandan disimpul
sedikit pewarna merah muda

Bahan yeastnya - dicampurkan sebentar
1 1/2 camca besar yeast Mauripan
1/2 cawan air suam
1 sudu teh gula

Bahan tepungnya diayak
3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung beras

Memang sedap dimakan bersama kelapa parut putih dicampur sedikit garam dan dikukus sebentar....bagi tahan lama.

Cara membuatnya
1.Bila bahan yeastnya dibiarkan berbuih(lebih kurang 3 -5minit) dicampurkan ke dalam tepung bersama air gula tadi.

2.Adun sebati...kemudian perapkan ke dalam bekas yang tinggi sedikit lebih kurang 1 jam.Bekas perapan ditutup dengan kain atau PE cling wrap.

3.Tuang adunan ke dalam acuan dan dikukus .Periuk pengukus mesti disediakan dan dipanaskan terlebih dahulu.

4. Bila masak,biarkan sejuk dan dipotong untuk dihidangkan dengan kelapa.


Memandangkan kelapa parut masih berbaki...(kak rus simpan di bhg bawah peti sejuk) hari ini, selepas balik dari jogging kak rus mencuba kuih Lompang Hijau Kuning hehehe...pasukan bolasepak Kedah.....



Resipinya:
1 3/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung ubi
2 cwn air/air pandan
1 cwn gula putih dimasak dgn 3 cwn air dan simpulan daun pandan
sedikit pewarna hijau kalau guna jus pandan ,kalau tak guna jus pandan gunalah pewarna lain yang disukai spt kuning atau merah muda.

1.Kacau tepung beras ngan tepung ubi bagi sebati dan dibancuh dgn 2 cwn air dan kacau lagi bagi sebati.

2.Tuangkan air gula panas ke dalam adunan tepung dan kacau lagi bagi sebati.

3.Sediakan pengukus dan panaskan acuan lompang.

4.Tuangkan bater ke dalam acuan dan dikukus selama 15 minit.Bater kena selalu dikacau supaya adunan sebati dan tepung beras tidak mendap ke bawah.

5.Hidangkan ngan kelapa putih + sikit garam bila kuih dah sejuk

Bila masuk tengahari....alahai bekalan elektrik pula terputus.Habislah kelapa aku....itu masalah yang terlintas di kepala kak rus...memandangkan kelapa yang kak rus beli 2 biji
(kak rus minta mamak asingkan kelapa putih dan kerak kelapa).Kak rus mencuba resipi Pais Udang....mmmm sedappppp dan kelapa selebihnya terpaksalah kak rus buatkan kerisik....alahai...lenguh kaki berdiri.....



Resipi Pais Udang sekiranya ingin mencuba:
400 gm udang dibuang kulit (kak rus guna 1 cwn udang kecil dan X buang pun kulit dan janggutnya)
2 biji cili merah kalau nak pedas tambah cili api sikit
2 cawan kelapa parut
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 hiris halia
2 batang serai dihiris nipis
3 hiris kunyit hidup (serbuk kunyit pun tak pa)
1/2 sudu kecil jintan manis
garam dan gula
1 biji limau kasturi
5 helai daun kaduk muda dihiris halus
Daun pisang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Tumbuk cili,jintan,bawang-bawang , halia dan kunyit hingga halus kemudian masukkan serai dan tumbuk lagi.

2. Masukkan pula kelapa dan terus tumbuk....masukkan gula,garam dan jus limau.

3.Masukkan bahan-bahan ini ke dalam bekas dan masukkan udang dan daun kaduk.Gaul sebati,masukkan ke dalam daun pisang dan dibakar.Kak rus bakar dlm pan sahaja...mmmmmm....sedapnya.....

Nota:Kalau tak larat tumbuk gunakan blender kering..... kak rus tumbuk aje...elektrik putus.
:Pais udang ini boleh gantikan udangnya dgn ikan.Selalunya kak rus guna isi ikan tenggiri....senang nak makan....tak dak tulang.


Semasa menggoreng kerisik ni kak rus masukkan sikit garam dan gula...utk lebih harum kak rus masukkan keratan daun pandan......mmmm harum semerbak seluruh taman.
Kerisik ni taklah sepenuhnya ditumbuk.....kak rus mesin dulu dgn pengisar kering kemudian baru ditumbuk untuk hasil yang lebih halus....Simpan dalam bekas dan jgn tutup dulu...biar 2,3 jam baru ditutup tudungnya dan kak rus simpan kat luar saja...Insyaallah....tahan lama....






Bye...bye.....Terima kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net