Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Dec-2009 05:25 Email | Share | Bookmark
Roti Prata Kentang.............

Roti Prata Kentang
Ayam Masak Kicap
Kerabu Sotong
Masuk rumah Ummi dah 2 kali perasan Ummi buat roti ni...pasti sedap....Kak rus pun mencuba Roti Prata Kentang yg di C&P dari rumah Madiha.....huhuhu...sedap bangat Terima kasih semuaaaaaa........


Resipinya:
Quote:
ROTI PHRATA KENTANG
Sumber Resepi : Newbie123 Copy blog UmmiZaihadi (TQ both of you )
(MaDiHaA buat double resepi.. so dpt 12 biji )

Bahan2

Bahan:-
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan air (*akak kurangkan lagi..)
1 sudu teh garam
1 biji kentang russet ~ direbus dan dilenyek (kalau guna kentang biasa saiz kecik.. letak 2 bj)
segenggam daun ketumbar - dicincang halus (MaDiHaA letak 1 pokok jer tak sampai segengam pun)
1 sudu teh jintan (MaDiHaA letak ½ sudu kecik jintan biji)
1 sudu teh serbuk ketumbar (coriander powder)
garam dan lada hitam secukup rasa
Minyak zaitun (guna minyak masak biasa jer)

Cara-Cara:-
1. Masukkan tepung, garam, dan satu sudu besar minyak zaitun ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut dan boleh diuli. Uli sekejap dan bahagikan kepada 6 ketul.
3. Didalam bekas lain, campurkan kentang lenyek, daun ketumbar, jintan, serbuk ketumbar, garam, dan lada hitam. Kacau sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian.
4. Canai dough dan bungkuskan inti kentang dan balut macam pau.
5. Ketepikan dough selama lebih kurang 5 minit.
6. Panaskan kuali leper dan masukkan 1 sudu teh minyak zaitun.
7. Canaikan dough tadi ikut ketebalan yang disukai dan gorengkan setelah minyak panas. Goreng setiap belah sehingga garing.
**Masukkan satu sudu kecil minyak zaitun setiap kali menggoreng roti baru.

Note dari MaDiHaA: Waktu mencanai.. sapukan dasar talam dengan sedikit minyak masak, kemudian letakkan doh yg telah dimasukkan inti. Kemudian barulah dicanai. (sapu minyak supaya doh tak melekat pd dasar talam semasa kita nak angkat roti sebelum dimasukkan ke dalam kuali)

Mari semua mencuba resipi ini...makan 1 nak 2 hehehe....



Hari ini kak rus cuma hidangkan Daging Korban Masak Kicap yang memang senang disediakan dan sesiapa pun tahu untuk menyediakannya...kak rus regukan dengan Kerabu Sotong Tomato dgn Sambal Belacan....... Kari tak boleh nak buat sebab....rempah kari pulak habis......Letih berjogging...aduhai....


Kerabu Sotong Tomato
Resipinya kalau ingin mencuba.....mudah sangat tapi berbaloi-baloi...
5 ekor sotong sederhana direbus
2 biji tomato
3 biji limau kasturi
3 sudu besar sos ikan
6 biji cili api dihiris halus
1 biji cili merah
daun ketumbar secukupnya
1 biji bawang besar dihiris nipis
gula dan garam secukup rasa

Senang...semuanya digaul....kalau dah secukup rasa boleh dihidangkan.
Kerabu ni rasa sangat kesedapannya pasal sos ikan dan daun ketumbar tu..........




Terima Kasih.....Bye...bye...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net