Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Dec-2009 10:55 Email | Share | Bookmark
Kuih Goyang....ke....Kuih Loyang Pedas

Kuih Goyang
Apple Galette
Mee Rebus
Kak rus mencuba acuan Kuih Loyang yang baru dibeli.Acuan lama masih boleh diguna pakai tapi saiznya kecil.Terberkenan kat acuan ni pasal dia lebih tebal dan besar sikit saja drpd yang lama......sedap....buat tak sampai 2 hari mmmmm....licin Minggu ni buat yang pedas......berhajat benar minggu depan nak buat yang manis pulak.



Resipinya jangan tak cuba..
2 cwn tepung beras
1 1/4 cwn santan
2 st serbuk cili kasar (kalau nak lagi pedas tambah)
1/2 st garam
2 sb udang kering direndam utk dikisar
1-2 st jintan putih
1 st biji ketumbar
1/4 biji bawang besar
1-2 ulas bawang putih
2 biji telur
sedikit perasa ayam
sedikit air kapur
2-3 tangkai daun kari dihiris halus

Cara-cara membuatnya
1.Blend udang kering,bawang2,jintan putih,ketumbar biji dgn sikit santan.

2.Masukkan tepung,santan selebihnya,telur,perasa ayam,daun kari,air kapur dan serbuk cili kasar.Blend sekali lagi...rasa garamnya dah ok ke.

3.Tuangkan bater tersebut ke dalam bekas yang dalam...kak rus guna jug penyukat.

4.Panaskan minyak dlm kuali,rendamkan acuan ke dlm minyak bagi acuan tersebut panas.

5.Celupkan acuan tersebut ke dlm bater...tapi jgn celup sampai habis ke atas...kemudian masukkan ke dalam minyak dan tunggu sebentar baru digoyang supaya bater yang terbentuk di acuan tanggal dari loyang.Ulangi proses sampai selesai.
Perlahankan api supaya tidak hangus dan elok garingnya.Untuk peringatan bater kena selalu dikacau dgn sudu kerana bater ini drpd tepung beras-ia akan mendap ke bawah.

6.Bila nampak kekuningan angkat dan toskan...mmmmm....sedap


Buah apples masih ada banyak lagi....jadi utk nak habiskan stok agar tidak bertukar dari hijau menjadi kuning kak rus mencuba resipi enak ini...Apple Galette....sepupu sepapat dengan Apple Pie....



Resipinya....mesti kena cuba....nantiiiiii nak cari.......

Pastri:
2 cwn tepung
1 tsp garam
2 tsp gula castor
1 cwn mentega sejuk
1 tsp cuka
1/2 cwn susu.

1.Tepung,garam dan gula dicampur sebati,masukkan mentega digaul-gaul dgn hujung jari,kemudian masukkan campuran susu dan cuka sikit-sikit lalu diuli lebih kurang 4 minit.Biarkan sebentar adunan yang diuli tersebut.

2.Ketul-ketul dan bulat-bulatkan adunan lebih kurang 12 ketul,masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk 20-30 minit.

3.Ambil seketul adunan dan leperkan dgn tangan menjadi bulatan yg garispusatnya 5". Letakkan inti di tengah-tengah dan lipat tepinya naik ke atas dan biarkan tengahnya berlubang menampakkan inti.

4.Sapukan atas galettes tersebut dgn mentega cair dan dibakar.

Intinya:Dicampur dan masak atas api bagi sebati dan pekat.

4 biji apples dibuang kulit dan dihiris nipis ,perah lemon ke atasnya
1/2 cwn mentega
4 sb gula (boleh dikurangkan-kak rus guna 2 sb shj)
2 st serbuk kayu manis

Hari Ahad cuti berganti Tahun Baru Hijrah 1431.....Kak rus buat Mee Rebus lagi....memandangkan daging korban masih banyakkkk....





Bye....bye....Terima kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net