Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Dec-2009 12:34 Email | Share | Bookmark
Alahai Sedap Sungguh Blueberry Cheese Tart

Cheese Tart
Vanilla Sugar Bun
Bihun Goreng
Dah lama shells tart disimpan.Hari tu kak rus mencuba Fruits Tartlet......Umieaisyah menggelarkannya sebagai makanan dari syurga....rasanya betul lah Umie....sedap sangat macam juga Blueberry Cheese Tart ni.....Suami kak rus kata kalau benarpun makanan dari syurga.....makan jangan lebih pulak nanti masuk neraka hehehe....maksudnya masuk hospital.......Ialah.....makan jangan lebih kerana memang sedap sungguh tart jenis ini terutamanya yang berintikan blueberry filling
Buat warna-warni pasal terkena badi kat rumah Zanaz...he..he..he..he.........Tak pernah buat inilah first trial......Alhamdulillah...menjadi .....


Kak rus copy&paste kembali resipi dari rumah Mama Ain Sofea.Terima kasih banyak-banyak.......

Quote:
Blueberry Cheese Tart
Sumber : Alex Goh
C&P : Resipi.net & Fp Jasmeen

SWEET PASTRY

Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising(kak rus guna 50 gm sahaja)
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-caranya:
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar

Filling (resipi BAGUS)
250gm cream cheese
20gm butter
60gm caster sugar
1 biji telur
2 sb sour cream (kak rus tambah)
Kak rus menggunakan 3 jenis filling-Strawberry,Kiwi dan Blueberry
Blueberry filling tu kak rus tapis dan lecek buahnya supaya nampak cantik
dan mudah nak swirl ......


Semalam kak rus mencuba resipi ni...Vanilla Sugar Bun.....texturenya lembut sangat walaupun tidak menggunakan pelembut roti.Lain kali kak rus ingat kalau nak buat roti apapun rasanya nak guna resipi dough roti ini


Ada yang bertanya resipi Vanilla Sugar Bun....bukan tak mahu bagi resipi....tak larat nak menaipnya,pasal banyak nak kena cerita.....Bagi kak rus apa-apa yang ada di fp kak rus ambil saja....buat apa nak kedekut ilmu....tapi kalau buat tak jadi tolong maafkan kak rus.Kadang-kadang kak rus pernah buat resipi baru dari kawan-kawan tapi tak menjadi....kak rus buat lagi sampai puas hati dan menjadi ....tapi kadang-kadang kak rus bersyukur kerana buat sekali aje menjadi macam tart-tart di fp kak rus....bila menjadi seronok sangat dan kalau boleh nak kongsi dgn semua orang....ok..Resipinya

Vanilla Sugar Bun
1 cwn susu
2 st vanilla
1/2 cwn mentega cair
1/3 cwn gula
2 biji telur dipukul sebentar
2 st yeast segera
1 st garam
3 1/2-3 cwn tepung gandum

Sapuan pada roti
1/4 cwn mentega cair
1/2 cwn gula
1 biji telur
2 st susu
bijan sangai

Cara membuatnya:
1.Panaskan jgn sampai didih susu dgn vanilla kemudian masukkan gula,garam dan mentega,dikacau hingga gula larut kemudian ketepikan supaya campuran menjadi suam.

2.Tuangkan campuran tadi ke dalam mixer,masukkan tepung bercampur yeast segera berselang-seli dgn telur dan diuli lebih kurang 5-6 minit(kalau uli ngan tangan lebih kurang 8-10 minit)

3.Simpan dough dalam bekas yang diminyakkan dan ditutup plastik selama 1 jam.

4.Ambil dough tumbuk-tumbuk dan uli-uli sikit kemudian potong kpd 2 bahagian.Proses 1 bahagian dulu dengan membahagikannya pula kepada 8 ketul.Ambil 1 ketul dicanai menjadi lebih kurang berukuran 6"x4 1/2" dan disapu atasnya dgn telur dan ditaburkan gula(kak rus tambah bijan sangai).Ambil lagi seketul,canai berukuran sama letak di atasnya , sapu telur dan tabur gula&bijan kemudian digulung.

5.Potong gulungan tersebut serong kiri kanan menjadi 6 keping dan disusun dalam acuan bulat 11" yang dilengser minyak dan buatlah hingga selesai.

6.Bila selesai tutup dough tersebut dgn plastik selama 1 jam.Sebelum dibakar sapukan dengan egg wash(telur dipukul dicampur 2 st susu). Ketuhar mesti dipanaskan terlebih dahulu.

7.Bakar lebih kurang 30 minit dan bila dah masak keluarkan dan sapu mentega.....Selamat mencuba......sedap,lembut dan wangi....



Ini pulak breakfast pagi tadi.....Bihun goreng dah menjadi hidangan utama 1 Malaysia,mudah dibuat dan sedap dimakan bila-bila masa,tak jemu -jemu dan tak bosan-bosan kak rus kalau dijamu bihun goreng.Kali ini kak rus mencuba bihun cili....semua rasa ada ,manis,masam,pedas....dan memang semua keluarga kak rus rasa suka.....





Bye-bye........Terima kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net