Want your
own Fotopage?






 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 2-Jan-2010 08:54 Email | Share | Bookmark
Kerepek Pisang

Kerepek Pisang
Apom Tapai
Thosai
Tahun Baru 2010 dah menjelang ...dah 2 hari berlalu.Tahun ini bermula dengan kenaikan 20 sen gula sekilo.....kak rus tak guna sangat gula dan tak terasa pula nak pi borong gula...kurangkan manis dalam hidangan,lebihkan manis dalam senyuman.......Nak senyum pun tak terasa nak senyum...internet buat hal berhari-hari................
Kak rus menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431 bermula dgn aktiviti menebang pokok pisang awak nipah yang dah tua bangka.Dari awal-awal lepas raya lagi pisang tu dah nampak mcm boleh tebang tapi suami kak rus kata....dok hijau lagi....kak rus ingat dalam hati...apa..nak tunggu buah tu kuning ka baru nak tebang?
Pisang yang ditebang tu dah tak nampak macam pisang nipah ...nampak berisi dan buntang......
Dalam menunggu pisang tu masak kak rus buat sikit kerepek.....senang aje buat kerepek ni rupanya....kena ada alat potong pisang tu boleh lah buat.Seeloknya pakai sarung tangan kain barulah rasa senang nak memegang pisang yang licin tu....goreng dalam minyak banyak dgn api sederhana.....boleh dicuba.....tapi lagi sedap kak rus rasa kalau buat pisang nangka....rasa lemak-lemak gitu.Pisang ni pun okey juga sebab tengok saiznya yang montok-montok tu lah yang kak rus tergerak hati mencuba buat kerepek pisang.... Bila selesai goreng ke semuanya baru ditabur garam halus....Semalam bila kak rus buka tupperware...kerepek dah masuk angin.....kak rus panggang sekejap dalam ketuhar....Alhamdullillah...rangup semula.



3 hari lepas kak rus mencuba resipi apom gula merah/apom tapai.Buat experiment...pasal banyak kali kak rus buat apom ni tapi tak nak dia merekah....kak rus ambil resipi dari Cik Manggis....kukusan pertama kak rus guna adunan asal...kukusan kedua kak rus guna double action baking powder...kukusan ketiga kak rus guna garam eno....frustrated betul la apom ni tak merekah mekar gitu... Lain kali kalau buat apom ni...rasanya nak guna double action baking powder....sebab kak rus tak suka rasa apom ni bila dimasukkan garam Eno....rasa nak pahit-pahit gitu...



Resipinya....Dari rumah CM...terima kasih banyak-banyak dari resipi Apam Eno..

Code:
Bahan-bahannya:)

* 1 cawan tapai nasi
* 1 cawan gula pasir
* 4 cawan air
* 500 gm tepung beras
* eno secukupnya
* pewarna merah
* 2 tsp yis segera

Untuk menghasilkan tapai nasi ni CM guna 3 cawan nasi sejuk,1/3 bahagian ragi yang saiz duit 5o sen tu,1 tsp gula.Gaulkan sebati simpan dalam bekas kedap udara selama 2 hari satu malam.Sedia untuk digunakan.

Blend semua bahan bahan diatas sampai sebati kecuali eno dan pewarna merah.Masukkan dalam bekas yang ada penutup dan biarkan selama 4 jam.Ambil beberapa senduk adunan apam dan letakkan warna merah dan sedikit eno,gaulkan sampai rata dan kukus menggunakan acuan apam yang anda suka.(Bancuh sedikit demi sedikit dengan eno sebelum mengukusnya)


Ini pula hidangan breakfast pagi tadi......Thosai.Kak rus hidangkan dengan Chutney Kelapa dan Kuah dhall......mmmmmm......... sedap...............sedap makan ngan chutney kelapa tu



Resipi Thosai.....kot..kot..Mariam nak cuba....

3 cawan beras
1/2 cawan kacang ulundu
1/4 st halba
Ketiga-tiga bahan ni direndam agak-agak 8 jam
(Kak rus rendam pukul 8.00 mlm.....bangun pukul 4.00 pagi blend semua yang direndam kemudian kisar sekali dengan 1 cwn nasi sejuk + 1 sudu teh yeast + 1 1/2 cwn air + sikit garam + sikit gula )
Kemudian perapkan pula lebih kurang 4 jam...... ( lepas selesai kak rus pi sambung tidur balik..he..he..he..)kalau perap lagi lama adunan akan menjadi bertambah masam (pukul 8.30 pagi ka...dah boleh buat thosai)






Bye....bye....Terima kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net