Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-Jan-2010 01:38 Email | Share | Bookmark
BUBUR GUNTING DAN ......

Bubur Gunting
Tepung Talam Keladi
Capati
Baca fp Umieaisyah.....mana badak dalam cucur badak dan mana kodok dalam cucur kodok?????Kak rus pun takut ditanya mana gunting dalam bubur gunting...hehehehe....
Bubur ni aka bubur caca.....Dulu-dulu sebelum tepung bubur caca diperkenalkan(cubitan tepung gandum yang warni-warni tuuuu....) arwah mak kak rus selalu membuatnya sendiri.Kak rus melihat mak kak rus buat percubaan.....katakan bila dia buat bubur tu jadi kembang bila dimasak dia akan bagi tau kak rus lain kali mak nak bakar dulu kepingan tepung yang nak digunting tu.......Memang menjadi.....
Kak rus menguli secawan sahaja tepung gandum dengan sedikit air bercampur garam...kemudian adunan itu dibahagi 3....1 warna asal,satu warna hijau dan satu lagi warna merah samar.Adunan tersebut diuli, dicanai,dipotong dan dibakar sebentar di dalam ketuhar.Kemudian digunting halus-halus.....Kemudian buatlah macam bubur biasa...kak rus masukkan 1 sudu makan biji sagu sikit.....mmmmmmm jangan lupa sesudu makan susu pekat selain santan,gula,sikit garam dan sehelai daun pandan.......Teringat kat kerajinan arwah bonda kak rus yang memperturunkan macam-macam perkara kpd kak rus.Ya Allah...ampunilah segala dosaku dan dosa dua ibubapaku serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku pada masa kecil....Aminnnn.......



Petang semalam kak rus mencuba tepung talam keladi....kak rus terasa ingin mencubanya bila Datin memberi kak rus menbaca himpunan majalah Sedap...
Dalam banyak-banyak tu kak rus tergerak hati nak copy resipi ni...minta izin Datin nak copy.....dia kata copylah rusnah.....Bila hari Khamis 2 hari sudah kak rus ke Pasar Khamis...terjumpa ubi keladi yang tak pernah kak rus jumpa....nampak mcm bukan ubi keladi sebab bentuknya mcm lobak bit gitu...bila direbus air rebusanya menjadi warna ungu cair....jadi tak pakai pewarna purplelah...mmg pun tak dak pewarna ungu dlm simpanan.Kak rus beli ubi tu drpd Makcik Siam yang menjual sayuran dan buah-buahan dari Siam....Tak sempat sejuk lagi kak rus dah potongggggg tepung talam keladi tu......




Resepinya dari Majallah Sedap
Bahagian bawah
250ml santan
1/8 st pes keladi (tak guna pun tak dak)
1/4 st garam
Ketiga-tiga bahan ini dimasak sebentar atas api dan sejukkan

250 gm keladi direbus dan dilecek
125 gm tepung beras (kak rus kurangkan sikit)
2 sb tepung ubi
125 gm gula

Bahagian atas
125 ml santan
1/8 st garam
1 1/2 sb tepung beras
25 ml air panas
25 gm tepung ubi

Cara membuatnya
1.Campur semua bahan bawah dan dikukus.Kak rus taburkan keladi rebus yg didadu ke atasnya selepas 10 minit dikukus.

2.Campurkan semua bahagian atas dan tuang ke atas kukusan selepas 15 minit dikukus kemudian sambung kukus lagi 20 minit.

3.Biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.


Ini gambar ubi keladinya yang purple tuuu



Pagi ni pulak teringat nak buat capati...pasal tepung capati yang dibeli minggu sudah tak terusik lagi dan kari semalam masih ada...Bancuh dengan air suam sahaja... kemudian biarkan sebentar,dicanai dan digoreng tanpa minyak.....mmmmmm...lembut rasa roti tu.....Dan tepung talam tu pagi ni kak rus potong jadi elok pulak potongannya....





Bye...bye...Terima kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net