Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-Jan-2010 10:44 Email | Share | Bookmark
Doughnut Kentang......

Sagu Gula Melaka
Talam Suji
Doughnut Kentang
Beberapa bulan yang lepas kak rus mencuba doughnut labu.....hari ni mencuba resipi doughnut kentang pulak......pasal banyak kentang dah tumbuhhhhhh...... tumbuh tunasssssssss.
Sedapnya bolehlah tahan....doughnut biasa pun habis dihidangkan inikan pula doughnut kentang....Disebabkan banyak jumlah doughnut tu....yang separuhnya kak rus goreng 1/4 masak....sejukkan,masukkan bekas dan simpan dlm peti ais.



Resipinya nanti kejap ya....Kak rus ambil dari Dapur Flora.....TQ....sedap sangat

Doughnut Kentang
500 gm tepung gandum
3/4 cwn susu suam
2 biji kuning telur
1 sb yeast
4 sb gula
3 sb marjerin
3 biji kentang rebus dan lecek.
1.Gaul tepung bersama gula, majerin dan kentang lecek
2.Campurkan susu suam,telur dan yeast-campuran ini dibiarkan sebentar kemudian dituangkan ke dalam campuran tepung dan diuli sebati sampai tidak melekat di tangan.
3.Adunan yang dah diuli ditutup plastik dan dibiarkan naik.
4.Bila dah naik,ditumbuk-tumbuk dough tersebut dan diproses kemudian dibiarkan sebentar....lalu digoreng dgn api sederhana.




Ini pula juadah pencuci mulut dah tertinggal beberapa bulan....hehehehe..Sagu Gula Melaka ngan Tembikai Madu atau disebut Sun Melon.....bukan Honey Dew tapi nak cuba boh pun tak dak masalah kan?Keadaan cuaca yang panas begini...rasanya hidangan ini paling enak dihidangkan sejuk.Kak rus mencubanya sebab hidangan ini disajikan semasa Makan Malam Mercy Malaysia di Hilton KL pada 13.11.2009.Sagu gula melaka ini dihidangkan dgn potongan buah tembikai madu dgn saiz potongan dadu yang teramatlah kecilnya dan sagunya yang seciput............kecewa dgn saiznya...bila balik kak rus buat lain.
Malam itu yang paling mengasyikkan kak rus adalah persembahan nyanyian daripada Ning Baizura,Ferhad,Jaclyn Victor dan seorang penyanyi dari Indonesia.Ning Baizura dipanggil semula menyanyi oleh Tuanku Sultan Perak ( menjadi penaung Mercy Malaysia) dan juga tetamu-tetamu yang lain yang dtg dari seluruh dunia...kerana persembahan hebatnya...dan juga keramahannya.......wow bestnya Ning Baizura....suaranya wow...wow...bombastic.Malam tu Ning hanya mengikat ekor kuda rambutnya...simple.







Resipi Sagu Gula Melaka kak rus rasa....resipi ni resipi yang paling senang dalam dunia
hehehehehehehehhhhhhhhheeeeee.......tapi sedap sungguh....makan semangkok nak lagi semangkok...........

* Bahan A :
* 2 cawan sagu direndam sekejap
* 4 cawan air

* Bahan B :
* 1 kotak santan
* 1/2 sudu kecil garam

* Bahan C :(direbus lebih awal dan sejukkan)
* 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
* 1 cawan air
* 1 helai daun pandan

Cara-cara

1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Toskan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2. Masak hingga sagu menjadi jernih dan mesti dikacau selalu. Angkat masukkan dalam penapis dan cuci dengan air dari paip sehingga hilang kanjinya.
3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
4 Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
5. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C kemudian hiaskan dgn apa-apa pun buah spt....strawberry,nangka,tembikai madu,mangga,peach dll yg sewaktu dgnnya.


Yang ini juadah yang kak rus buat semalam.....kak rus bawa untuk hidangan selepas mengaji kitab di rumah Datin.......Talam Suji......sedapnyaaaaaa.Resipinya dari rumah Rozzan...TQ Bro Rozzan....



Resipinya sekiranya ingin mencuba....malatop...best sangat.
Resipi asal drpd Bro.Rozzan
Talam Suji
Bawah:
1 1/2 cwn tepung suji
4 cwn santan cair
1 cwn gula
secubit garam
sedikit vanilla (kak rus tambah)
sedikit pewarna kuning

1. Ke semua bahan diadun dan dikacau atas api sampai pekat,ratakan ke dalam bekas yang dah disapu minyak kemudian kukus selama 15-20 minit.

Atas:
4 cwn santan pekat
1 cwn tepung gandum
2 sb tepung kastard
2 sb gula
1 cwn gula merah

1.Gula merah dimasak dahulu dgn simpulan daun pandan dan disejukkan.

2.Campur semua bahan dan dikacau sebentar atas api kemudian dituang ke atas bahagian yang dikukus tadi dan kukus lagi 20 minit.

Disebabkan acuan yang muat dlm pengukus kak rus tu kecil....pandai-pandai aje kak rus perkurangkan bahan-bahannya terutamanya yang bahagian atas tu.Kalau ikut resipi asal kuantiti baternya akan membuatkan kepalanya tebal sangat.....




Bye...bye...Terima kasih dan Datang lagi



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net