Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Feb-2010 05:14 Email | Share | Bookmark
Pusing Kepala pasal Karipap Pusing

 
 
 
Pagi semalam kak rus cuba memeningkan kepala membuat Karipap Pusing.....hehehehe....
Intinya dah frozen kat 3 hari...hehehe.....Sebenarnya tak susah manapun nak buat karipap ni...tapi yang kak rus hadapi ialah karipap tu dah terbuka kat bahagian berpusing-pusing tu.Bila goreng habislah akan terkeluar isi perutnya....Untuk menyelesaikan masalah kak rus memilih dahulu mana-mana yang nampak terburai diasingkan....kak rus bakar aje dalam ketuhar.......Soulha....kak rus ambik dari rumah Soulha ni....TQ.Ada 3 versi buat karipap ni kat rumah Soulha......



Resipinya tunggu kejap ya....rumah Soffieya Soulha ni jauh sangat nun kat Cairo sana...
kapalterbang tenet pula buat hal........
Kak rus buat 1/4 sahaja drpd resipi di bawah........Lain kali nak buat lagiiiiii....

1kg tepung gandum
bahagi kpd 2 bahagian : A = 600g, B = 400g

Bahagian A:
600g tepung
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
2-3 cubit garam
gaul & uli hingga sebati
bulat2kan kpd doh yg lebih kecil

Bahagian B:
400g tepung gandum
marjerin - gaul dgn 150g, gradually top up sehingga menjadi doh yg tidak melekit
bulat2kan kpd doh yg lebih kecil
bahagian A&B should get equal nos. of balls
masukkan B dalam A, jadikan satu bola & seterusnya boleh refer kat pic atas
* bahagian luar kulit should be bahagian yg digelek, kalau terbalik, lapisan tak jadi/ tak cantik *

Intinya.....inti karipap kentang dan isi ayam......

Juadah ini pula kak rus buat petangnya ......Talam Pisang.....pasal rumah kak rus ni banyak sangat pisang....Cucuq Kodok boleh kata tiap-tiap hari sekiranya pisang dah naik bertompok-tompok tahi lalat....



Resipinya kak rus ambik dari Majalah Wanita...tahun berapa pun tak tahu.....sebab ia himpunan keratan dari majalah tersebut yang kak rus lekatkan kat buku resepi....Resipi yang tak menggunakan sebiji telur pun.....

Resipinya
Bahagian bawah
1 1/2 cwn tepung beras (kak rus anggar saja dari asalnya 300gm tep.beras boh)
5 cwn santan cair
3/4 cwn gula
5 biji pisang raja dihiris
1cb tepung jagung
secubit garam
Cara membuatnya
1.Kacau santan,tepung beras,tepung jagung,gula dan garam atas api hingga kelihatan naik wapnya.
2.Masukkan pisang dan kacau sebentar kemudian tuangkan ke dalam loyang 10x10 yang disapu minyak dan dikukus15 minit.

Bahagian atas
2 cwn gula merah + sedikit gula melaka
2 cwn air
3 cwn santan pekat
1 1/2 cwn tepung gandum
1.Gula merah + gula melaka dimasak dgn 2 cwn air dan ditapis kemudian sejukkan
2.Satukan air gula dgn tepung dan santan lalu dikacau atas api sehingga naik wap.lalu dituangkan ke atas lapisan bawah tadi dan dikukus lagi sehingga masak.
3.Sejukkan ....biar betul-betul sejuk barulah dipotong untuk dihidangkan.


Ini lagi satu juadah yang lama sangat kak rus nak mencuba....last,last buat juga.Jadi ke tak jadi ke....hentamlah Labu......tapi suami kak rus suka....hehehehe




Resipi Bubur Delima
Buat sirap gula putih:
1 cwn air
1cwn gula pasir
Sehelai daun pandan
Masak air gula agak-agak pekat kemudian sejukkan dlm peti sejuk
Santan pekat dicampurkan sedikit garam dan simpan juga dlm peti ais

Biji delimanya
10 biji sengkuang cina didadu sebesar biji kacang kuda
1 sk pewarna merah
2 sb tepung ubi
Cara membuatnya
1.Warnakan sengkuang cina yang didadu dgn pewarna-kacau-kacau bagi sebati dan biarkan sekejap.
2.Masukkan sengkuang yang dah diwarnakan tadi ke dalam plastik kecil dan masukkan tepung ubi dan goncang-goncang supaya tepung melekat pada sengkuang tadi.
3.Keluarkan sengkuang dan masukkan ke dalam penapis dan ayak-ayakkan supaya tepung yang lebih dikeluarkan.
4.Didihkan air lalu masukkan sengkuang tadi lebih kurang 2 minit dan kelihatan berkaca,kemudian ditos dan disejukkan.
5.Sudukan ke dalam bekas,tuang sirap dan santan.Boleh dimasukkan kiub air batu untuk hidangan yang lebih menyegarkan........mmmmmmm sedap....



Seronok tak habis-habis kak rus tengok Michael Buble'





Bye....Bye.....Terima Kasih dan datang lagi yeeee


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net