Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Feb-2010 09:13 Email | Share | Bookmark
Lemon Berry Muffin

 
 
Lama betul kak rus tak membaking.Memandangkan ada lebihan blueberry dan srawberry yang kak rus dinginbekukan....kak rus mencuba muffin ini....Orang kata muffin bagi orang putih ibarat cucoq kodok depa.....Kat Malaysia ni kalau cucoq kodok tu...apa lagi jemput-jemput pisang tu lah....yang tak jemu-jemu dimakan.....hehehehe



Resipinya.......nanti nak upload gambar ni pulak....malas nak pi ambil satu-satu....

8 sb.mentega kemudian dicairkan
3 sb madu
2 biji telur
3/4 cawan susu segar (kak rus guna susu low fat...susu tepung pun boleh bancuh ngan
3/4 cwn air suam )

1 biji lemon diparut kulit dan diambil jusnya
1/2 cwn gula (kak rus guna 1/3 cwn sahaja)
2 cwn tepung
1 1/2 st baking powder
1/4 st soda bicarbonate
1/4 st garam
1 cwn blueberry (kak rus tambah1 cwn strawberry)

Cara membuatnya
1.Campurkan susu dgn jus lemon dan dikacau supaya tidak berketul...kak rus tambah ngan Sunquick supaya menjadi 1 cawan.

2.Telur dipukul dan dicampurkan madu,butter cair kemudian campurkan campuran susu yg 1 cawan tadi dan dikacau sebati.

3.Dalam mangkuk besar campurkan gula dengan parutan kulit lemon dan digau-gaul supaya terbau nanti lemon tu.Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik dan garam,kemudian masukkan campuran telur-dikacau sebati kemudian masukkan buah blueberry dan strawberry.

4.Sudukan ke dalam acuan muffin dan dibakar 30 minit.


Kak rus teruja membeli ikan tamban yang banyak sekarang dijual....selalunya jarang nak dapat ikan tamban yang segar....bila beli dok teringat nak buat apa ngan ikan tamban yang banyak tulang ni selain digoreng.....teringat arwah bonda kak rus yang suka sangat buat masak cuka ikan....kak rus ingat arwah mak kak rus suka buat masak cuka dengan ikan talang segar yang kecil-kecil.Kadang-kadang arwah buat menggunakan ikan plotan yang besar adik beradik ikan duri tu...tapi selalunya dgn ikan tambanlah.







Assalamulaikum.....Terima Kasih dan Datang Lagi....





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net