Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Feb-2010 09:58 Email | Share | Bookmark
Kempunan Bila Pi Rumah Amal......

 
 
Bila kak rus masuk rumah Amal....Ya ..Allah...terliogh tengok Ayam Penyet.....terus pi ke dapur dan terus kak rus memasaknya.Masa kak rus komen di rumah beliau ,resipi belum Amal copy......kak rus tekan aje kat Google tu....hah....macam-macam keluar.Bila tengok resipi kak rus teringin benar nak membuatnya pasal kesemua bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ini ada belaka.....Alhamdulillah......Terima kasih Amal memberi rangsangan dan idea...kalau tidak pening kepala dok lu fikirlah sendiri.......Amal copy dari rumah Ijan...tuan punya Blogresipi yang selalu resipinya tersenarai dalam Tastespotting tu....TQ IJan....sedap sangatttttt....




Resipinya....kak rus c&p dari rumah Amal...TQ...Amal...

Resipi Nasi Ayam Penyet
Untuk nasinya....masaklah seperti memasak Nasi Ayam menggunakan stok rebusan ayam...jangan lupa...halia,serai,daun pandan dan rempah-ratus tumisannya...garam dan boleh juga masukkan kiub ayam...
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye

* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Tambahan....Kremes Renyah(Serdak)...bila masuk rumah MamaAtiq
1 1/4 cwn air stok ayam
1/2 cwn air
1 biji telur dipukul
60 gm tepung beras
garam secukupnya
Gaul semua bahan....ambil sesudu,tuang ke dalam minyak panas dan goreng garing.Ulangi sehingga habis......serdak ini juga menjadi tambahan semasa menghidang Nasi Ayam Penyet......TQ MamaAtiq...


Semalam pulak kak rus menyediakan Mee Kari untuk hidangan tengahari dan juga untuk makan malam....Rasanya mee kari kali ni rasa lain dan lebih sedap bagi lidah kak rus la.....pasal apa entahhhh?Mungkin pasal kak rus boh sikit sos Worcertershire kot...Sejak beli...konon-kononnya nak buat Takoyaki....tapi sampai hari ni tak sampai-sampai seru.Sos tu pun tak bergerak-gerak....ingat dalam hati bilalah nak habis sos niiiii.
Bila tengok buku resipi yang dihadiahkan dgn sos tu rupa-rupanya...macam-macam resipi savoury yang boleh boh sos ini,antaranya kerabu mangga,perap ayam,sotong,udang,ikan dll.Kak rus pun masukkan dalam kuah mee kari sikit....mmmm sedap Selain drpd bawang goreng kak rus juga taburkan crab filamen stick goreng rangup....crab filamen stick tu kak rus belah 4 dan lerai-leraikan lalu digoreng...mmm sedap,rangup dan rasa manis,lemak-lemak dan masin-masin....





Assalamualikum......Terima Kasih dan Datang Lagi.......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net