Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-Mar-2010 07:24 Email | Share | Bookmark
Balik Dari Terengganu Buat Nasi Dagang......

 
 
Lama juga tak bersiaran.......lepas ke Kerteh kak rus ke KL.Hajat hati kalau boleh nak juga jumpa dengan Sifu Hanieliza yang dok kat Kerteh......tapi kecewa kerana suami kak rus tak boleh lama di rumah abangnya ....terpaksa segera ke KL.Bila kak rus tanya biras kak rus Kak Halimah tentang Kak Liza....memang dia kenal...dah 2 hari tiap-tiap petang dia datang ke rumah Kak Halimah membantu menyediakan persiapan kenduri kahwin anak saudara kak rus....Shuhada.
Semasa di Kerteh kak rus tinggal di sebuah banglow homestay 3 bilik di sekitar taman berdekatan rumah kenduri. Tinggal bersama saudara ipar duai dari SP juga.Wah...riuh rendah juga selepas sepanjang hari dok dalam kereta....pagi bertolak dari SP dgn sebuah van dan sebuah kereta...malam baru sampai.Esoknya suami kak rus membeli nasi dagang,roti canai dan kuih cara untuk sarapan pagi kami semua.Tak puas makan nasi dagang kak rus dah berhajat...nanti balik nak buat nasi dagang ni.....
Bila balik rupanya Madiha dah siap dengan resipi nasi dagang Terengganu di blog barunya....apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatang, terus ciluk resipi Madiha......tapi kak rus buat kari tak pula boh rempah kari cap bunga tu....dan tak teringat pula nak beli bila ke Pantai Timur....hentam lah....Madiha kata rempah biasa pun tak pa...TQ Madiha dgn resipi yang membuatkan kak rus rasa puas sungguh makan nasi dagang Terengganu....kak rus c&p dari rumah baru Madiha niiii.....




Code:
NASI DAGANG TRENGGANU
Bahan2
1.2 kg beras siam
400 gm beras pulut
(nisbah utk beras = 1 bahagian beras pulut : 3 bahagian beras biasa)
1 ½ biji kelapa (ambil santan anggaran 600 ml ~ PERAH GUNA AIR MASAK!) (ni anggaran saja yer.. kalau tak cukup boleh tambah lagi.. sebab masa buat tu MaDiHa tak ukur pun santannya)
garam secukup rasa (Bancuh dalam santan)
700 ~ 800 ml air biasa utk arong nasi (boleh tambah jika masih tak mencukupi.. MaDiHa agak2 je ni)
5 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 sudu kecil halba

Cara Menyediakan
1. Campurkan beras biasa dengan beras pulut dan cuci beras hingga bersih & jernih (mcm nak masak nasi tu). Rendamkan beras semalaman dalam air yg banyak.
2. Keesokannya.. panaskan periuk kukus & toskan beras dan kukus beras selama 30 ~ 40 minit. (guna periuk kukus berlubang kecil jika ada.. jika tiada.. alaskan dasar periuk kukus dengan kain putih bersih/ kain maslin/ daun pisang agar beras tak jatuh melalui lubang kukusan).
3. Angkat nasi kukus tadi dan masukkan nasi dlm besen besar. (Sementara itu.. tambahkan lagi air dalam periuk kukusan agar airnya tak kering utk mengukus kali kedua.. teruskan memanaskan periuk kukusan tadi.) Arong nasi dengan air biasa sehingga rata dan tak berketul2.
4. Kukus sekali lagi nasi sehingga 30 ~ 40 minit. (kali ni tak perlu alas dasar kukusan).
5. Keluarkan nasi dan masukkan dlm besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan yg dicampurkan garam serta taburkan bahan2 hiris serta halba. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

Note: Santan tadi boleh juga dimasakkan sebentar diatas api sederhana sebelum diarong dengan nasi. Kaedah ini untuk membuatkan nasi dagang lebih tahan lama.. tapi jika tidak masak pun.. memadai perahkan santan guna air masak.. insyaAllah nasi dagang boleh bertahan dari pagi hingga ke malam.



Lazimnya di pantai timur.. nasi dagang digandingkan dengan gulai ikan tongkol. Elok pilih ikan tongkol hitam (yg siripnya lebih panjang berbanding tongkol putih) kerana isinya lebih lembut & sedap. Ikan tongkol putih tak berapa sedap sebab isinya keras. Jika tak suka ikan tongkol boleh juga digantikan dengan ayam. Tapi macam tak berapa sesuai ler gitu.. Gulai nasi dagang adalah berlainan dengan gulai kari. Rasanya sangat unik. Makan dengan nasi putih pun sedap. Ini resepi dari bonda ku tersayang ku abadikan di sini.

GULAI NASI DAGANG (kuantitinya dianggarkan cukup utk nasi dagang diatas )
Bahan2
2 atau 3 ekor ikan tongkol hitam (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan & direbus bersama sedikit air, 2 sudu kecil garam dan 5 keping asam gelugur)
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak mengapa)
1 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
(jika tiada rempah masak & rempah gulai cap bunga rose.. tambahkan lagi 1 sudu besar rempah kari ikan)
2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus
2 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
5 biji cili hijau
10 biji cili api
5 biji belimbing buluh (kalo ada.. takde pun takpe)
½ ketul gula melaka (tambah lagi jika kurang ~ gulai nasi dagang memang terasa manis sedikit)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar (ditumbuk halus kemudian dikisar)
1/2 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus kemudian dikisar)
8 ulas bawang merah (dikisar)
1 biji bwg besar (kalau kecik.. letak 2) (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar
3 hiris @ 2 cm halia (dikisar)
1 1/2 inci lengkuas (dikisar)
15 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)

Cara Menyediakan
1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekali sahaja. (tak usah bimbang santan membuak atau berketul2… biarkan saja)
2. Masukkan ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi ke dalam santan. Jika suka.. bahan2 ini boleh juga ditumiskan dulu dengan sikit minyak hingga wangi sebelum dimasukkan dlm santan. (terpulang anda.. tp jika tumis.. kuah akan jadi lebih berminyak!)
3. Masukkan gula melaka, kerisik (bancuh sedikit dgn kuah santan agar tak berketul2), kulit kayu manis dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa merebus tadi. Tambahkan serbuk perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak pecah. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih sebentar dan bolehlah di angkat.
Dihidangkan bersama acar timun & carrot

TQ Madiha..........

Tambahan drpd Mak Teh....TQ Mak Teh
1 sb biji ketumbar
1/2 sb jintan manis
1" kulit kayu manis
buah pelaga
lengkuas
Semuanya dimesin




Kak rus juga teruja membuat pau ini bila jengah rumah Mamafami...TQ Mamafami dan Za...kak rus dah buat pau ni..... .







Assalamualaikum.....Terima Kasih Semua dan Datang Lagiiiii


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net