Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Apr-2010 02:14 Email | Share | Bookmark
Alang-Alang Menguli Roti.........

 
 
Tengok roti kat rumah Jasmeen...kak rus pun teruja juga ingin membuatnya.Bila selesai proses menguli....adunan diperap 1 jam.Terkejut selepas itu pasal adunan dah naik berganda....hehehe..... Siapa nak makan roti ni kalau kak rus buat banyak-banyak.Untuk selesaikan masalah adunan itu kak rus bahagikan kepada 3 bahagian....1 bahagian kak rus buat mixed vege pizza,1 bahagian kak rus buat stick bun bercheese dan satu bahagian lagi buat bun bersosej....bukan hanya makan satu jenis malah 3 jenis....kuang...kuang...kuang.
Kak rus menggunakan resepi daripada Azrah Khan yang pernah disiarkan di RTM...tahun berapa pun dah tak ingat.....lembut dan gebu rotinya.Azrah menggunakan 2 peket yeast segera utk resepi ini tapi kak rus guna satu peket sahaja dan kak rus tambah 1 st pelembut roti.




Hot Bread
590 gm tepung roti
50 gm mentega
80 gm gula (kak rus kurangkan)
2 peket yeast segera (kak rus guna 1 peket sahaja)
2 biji telur
250 ml air suam
1st pelembut roti (kak rus tambah)
40 gm shortening
40 gm susu tepung
secubit garam
Sosej secukupnya
Semua bahan dicampur dan diuli.Kak rus menguli menggunakan mixer.Selepas diuli biarkan 1 jam.Kemudian bentuklah ikut suka jenis roti/bun apa yang nak dibuat.Biarkan sekejap dan bakar dalam ketuhar yang dipanaskan 10 minit lebih awal....
Kalau buat cheese stick bun tu....taburkan Mozarella cheese dan gula halus..
Kalau buat mix vege roti tu taburkan mix vege dulu,bakar 10 minit kemudian taburkan cheese dan juraikan cili sos serta mayonis...bakar lagi sekejap...


Sebelum tu....kak rus buat acar nanas memandangkan nanas yang dibeli dah 3 hari tak bergerak-gerak....nanas madu pulak tu....elok acar ni dibuat menggunakan nanas Morris biasa sebab nanas madu ni...manissssss...


Resepinya kak rus ambil dari majalah Jelita......

Resepinya
1 biji nanas dikupas,dibuang mata,dibelah dan dihiris nipis
10 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
5 tangkal cili kering*(digunting dan direbus)
sedikit belacan*
3 sb gula melaka
1 sb gula 1 sb kicap
1/2 sb otak udang
secukupnya air asam jawa
2 biji bawang besar dipotong bulat
150 ml minyak masak
150 gm kacang tanah dipanggang/goreng..ditumbuk kasar
Cara membuatnya
1.Kisar bahan yang bertanda*dengan sedikit air dan minyak....panaskan minyak dan tumiskan rempah tersebut hingga pecah minyak.Masukkan bahan-bahan yang lain.
2.Bila sebati dan elok rasanya akhir sekali tutup api dan masukkan nanas dan bawang besar....dikacau sebati dan masukkan kacang tanah tumbuk.....dah boleh dihidangkan........




Assalamualaikum....Terima Kasih Semuaaaa.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net