Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Apr-2010 01:41 Email | Share | Bookmark
Balik Dari Bermalam Di Wad.....

 
 
 
Dua malam kak rus bermalam di wad HSAH,Sg.Petani kerana menjaga adik kak rus yang istimewa tu.Dia masuk hospital kerana tarik selepas tak bermaya bangun dan jatuh dalam biliknya .Kak rus terkejut besar semasa melihat dia tarik dan tergigit lidahnya...terus telefon ambulans dan terus dimasukkan ke hospital....jadi kak rus pun sama kena bermalam untuk menjaganya yang down sindrom....letih tak terkata sebab bukan boleh tidur pun kalau di hospital.
Alhamdulillah sekarang sudah sihat seperti sediakala......rupanya begini jadinya kalau kandungan gula dalam darah paling rendah....badan jadi lemah dan tarik.Nasib baik suami kak rus berhubung cepat dengan pihak ambulans kalau tidak doktor kata adik kak rus akan terus koma......alhamdulillah dan syukur kak rus ke hadrat Illahi.
Pagi ni bangun terus buat cucug kodok,memandangkan pisang yang tak terusik dah kelihatan ranum.Sekejap sahaja dihidangkan dah licin....memang sedap cucug kodok ni kalau dimakan panas-panas bersama teh O.....dan semalam teringin pula kak rus nak makan makaroni bakar....tapi bila cari makaroni rupanya dah habis yang ada hanyalah fettuccine........Fettuccine pun hentamlah.....bukan tak boleh buat...boleh sebab semua bahan sampingan untuk resepi itu ada belaka.......cuma kak rus buat separuh dari resepi yang pernah kak rus cuba dahulu.....





Dan ini pula Tomyam Udang yang teringin benar kak rus nak menghirup supnya selepas dah selalu benar dok makan kari,kari,gulai dan masak lemak.....hmmmm sedap gitu hirup sup tomyam panas-panas....



Bahan-bahan

250 gm udang sederhana
# 3-2 ulas bawang putih
#1/2 labu bawang besar
#2-3 hiris lengkuas
#5 tangkai cabai kering
#3 hiris kunyit hidup
# 1 helai daun limau purut
* (bahan2 bertanda # dikisar)

* 2 biji tomato merah dibelah-belah
* 5 helai daun limau purut
* 1 labu bawang besar dibelah-belah
* 1 tangkai daun ketumbar
* 3 batang serai dikerat-kerat
* 5-6 biji cili api diketuk
* 5 biji limau kasturi (diperah airnya)
* 2 keping asam keping
* kiub perasa ayam
*2 gelas air
*2 sb sos ikan
* Sayur-sayuran pilihan : bunga kubis/kubis cina, tomato hijau, batang seleri,dan carrot . .

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar
2. Masukkan tomato,biar tomato hancur sekejap kemudian masukkan air .
3. Masukkan daun limau purut, serai dan asam keping dan masukkan udang.
4. Bila mendidih masukkan kiub ayam dan sos ikan secukup rasa, kemudian masukkan perahan air limau nipis. Sesudah itu masukkan hirisan bawang besar dan cili api
5. Masukkan semua sayuran. Biar seketika.Bolehlah dihidangkan...tabur daun ketumbar.




Assalamulaikum......Terima Kasih Semua...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net