Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 2-May-2010 09:31 Email | Share | Bookmark
Senyum-Senyumlah Selalu........

 
Lama kak rus tak bersiaran......pening kepala dengan masalah yang menimpa,tapi apapun kena ingatlah selalu segala bencana menimpa adalah hidayah dan hikmah drpd Allah jua....bukanlah bencana besar pun....ini semua dugaan Allah Azzawajalla....kak rus pasrah menerimanya ...........Amin...amin,yarabbulalamin...
Sebentar tadi kak rus mula menceriakan diri semula dengan menyediakan juadah minum petang hari ini.....kak rus buat laughing balls.....atau juga disebut Onde Ketawa....resepi drpd Pn.Agnes Chang.....



Resepinya kalau sudi mencuba.....
Kak rus buat separuh drpd resepi ini tapi masih menggunakan 1 biji telur
100 ml air
150 gm gula (kak rus kurangkan lagi)
1 biji telur
2 sb minyak masak
300 gm tepung gandum
1/2 st baking powder
1/4 st soda bicarbonate
sedikit vanilla
secubit garam
100 gm bijan
minyak secukupnya untuk menggoreng

1. Gula dicampur air dan dididihkan menjadi sirap kemudian disejukkan.
2.Pukul telur dgn minyak kemudian masukkan air sirap yang dah sejuk(separuh dahulu) dan vanilla.
3.Masukkan tepung yg dah diayak bersama ejen2 penaik,selebihnya air sirap dan garam.
4.Adun bagi sebati dan bulat-bulatkan sebesar guli semua adunan.
5.Basahkan bebola ditapak tangan dan golekkan ke dalam bijan lalu digoreng api sederhana.....sedia untuk dihidangkan....



Bertambah-tambah ruang untuk kak rus senyum bila Ayi bagi award ini...Terima Kasih yang tak terhingga....Ayi........





Assalamualaikum....Terima Kasih Semuaaaa.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net