Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-May-2010 11:53 Email | Share | Bookmark
Hari Ibu Menjelang Lagi......

 
 
Sebenarnya tiap-tiap hari adalah "Hari Ibu",bukan hanya 1 hari yang akan diraikan pada 9 hb Mei,hari Ahad ini....betul takkkkk?
Walaubagaimana pun pada hari itu pasti semua ibu di mayapada ini akan diraikan oleh anak-anak dan juga ketua keluarga kita iaitu kaum bapa......Kak rus mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua ibu-ibu....untuk lebih meriahkan lagi suasana kak rus harap semua kaum ibu yang berkunjung ke fp kak rus sudilah kiranya membawa balik kad-kad yang tertera di bawah ini......ambil dan gantunglah di rumah masing-masing.....Tak perlu kak rus nak senaraikan nama kawan-kawan sebab yang datang fp kak rus adalah kawan-kawan kak rus belaka...sudi-sudikanlah.......








Ambik dari rumah Amal...TQ



Untuk hidangan minum petang hari ini kak rus buat Vade Kentang Berjintan......lebih kurang macam begedil tapi rasanya lebih menyerlah kerana jintan putih yang digunakan.Kak rus buat 2 jenis....celup bater dan satu lagi selepas celup bater gulingkan dalam serbuk roti.....hmmmmm lebih rangup....tapi rasanya memang sedap bila dimakan panas-panas......
Resepinya...kalau ingin mencuba...

2 biji kentang direbus dan dilecek
3-4 biji bawang putih dicincang
1-2 biji cili hijau (kak rus guna cili api)
1/4 st serbuk kunyit
1/2 st biji sawi
1/2 st jintan putih (jintan yang halus)
2 tangkai daun kari
sedikit garam
sedikit bawang goreng(kak rus pandai-pandai tambah)
Semua bahan dicampur dan disebatikan.Bulat-bulatkan sebesar guli,celupkan dalam bater,golekkan dalam serbuk roti dan goreng......hmmmmm sedapppp.

Untuk bater
1/2 cawan tepung gandum
secubit soda bicarbonate
1/4 st serbuk cili
secubit garam
secukupnya air
secukupnya minyak untuk menggoreng
secukupnya serbuk roti (kak rus tambah utk lebih rangup)






Assalamualaikum....Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net