Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-May-2010 11:20 Email | Share | Bookmark
Tiga Sudu Makan Lemon Curd yang Terakhir....

 
 
Kak rus perabiskan Lemon Curd yang tinggal 3 sudu besar dengan menyediakan Tat Lemon Curd.......sedap juga....makna kata dah selesai Lemon Curd tu....tapi rasanya macam nak buat lagi....hehehehehe......Lemon Curd tuuuuuu.......



Resepinya:
8 sb mentega
1/3 cwn gula
1/4 st esen badam/vanilla
1 cwn tepung
3 sb serbuk badam
sikit kepingan badam utk tabur atas kulit pai semasa membakarnya

Senang cara kak rus adunkan semua sekali sebati dan tekan dalam acuan pai,cucuk dgn garpu bagi berlubang-lubang sikit,taburkan kepingan badam,lapiskan ngan kertas aluminiam foil...dan letakkan pemberat seperti kacang ka...kak rus letakkan batu kecil.....bakar lebih kurang 15-18 minit atau kekuningan/keperangan dan rangup.

Sejukkan kemudian tuangkan fillingnya...tak payah bakar dah lepas ni.....sejukkan dan boleh dihidangkan.....

Fillingnya ialah Lemon curd tu....disebabkan LC tu tinggal 3 sb...kak rus blendkan dia bersama susu,tepung kastard dan tepung jagung dan masak macam nak buat puding..... Tak bubuh gula dah pasal lemon curd tu mmg manis dan dlm lemon curd tu dah mmg ada telur.........mmmmmmhhh memang sedap makan sejuk-sejuk....nak lagi sedap makan ngan ais kerim......
.

Kak rus juga dah lama ingin mencuba kuih ni.......kuih kegemaran orang Cina.....Kuih Lobak......mmg sedap bila diubah ikut bahan yang kak rus ada......Kak rus hidangkannya 2 style....satu potong kuih tu selepas sejuk dan satu lagi kak rus goreng dulu secara tohor kepingan kuih yang dipotong tu....mmmmmmm lagi sedap, berperisa....dan harum baunya.....nak buat lagi........


Kak rus buat cuma 1/4 adunan sahaja.....
Resepinya setelah diubah-ubah
350 gm lobak putih diparut,direbus dan ditoskan
250 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
500-600 ml air
50 gm udang kering direndam kemudian ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit gula
1/2 st kiub perasa ayam
1/2 st serbuk lada
1/2 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
sedikit minyak
daun bawang dan bawang goreng utk hiasan
bijan goreng juga utk hiasan(kak rus kehabisan bijan)
cili sos.
Kalau ikut resepi asal ada dimasukkan biji ketumbar dan cekur di dalam adunan tu....eh tak boleh bayang rasanya bila ada 2 bahan ni....jadi kak rus ketepikan.....

1.Tumis bawang besar, masukkan bawang putih diikuti udang kering yang ditumbuk tadi kemudian masukkan lobak putih yg dah direbus dan tos tadi.

2.Dalam satu bekas campurkan tepung beras,tepung ubi,garam,gula,perasa ayam,serbuk lada dan diadun dgn air.

3.Masukkan campuran tepung ke dalam tumisan tadi dan dikacau seterusnya selama 2-3 minit.

4.Sediakan kukusan....ratakan adunan ini ke dalam acuan yang dilenser minyak dan kukuslah selama 45 minit.

5.Biarkan sejuk..... dipotong setebal 1 cm kemudian digoreng tohor dengan sedikit minyak.Goreng kekuningan di dua belah kuih......dan boleh dihidangkan....yum,yum...




Assalamualaikum....Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net