Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 4-Jul-2010 21:20 Email | Share | Bookmark
Makan Nasi Brown Rice Pula.......

 
 
 
 
Selepas kak rus menonton satu rancangan kesihatan di Astro dichanel 303 KBSW....kak rus teruja nak mencuba nasi beras ini yang dikatakan amat baik untuk kesihatan.Ya....rasanya sesuai pula dengan tekak kak rus....jadi mulai bulan Jun lalu hingga ke hari ini kak rus masak cuma 1/2 pot beras dengan air sebanyak 2 1/2 pots....(ukur pakai pot jgn guna ukuran di periuk)......okay pula rasanya.Kuantiti nasi ini cukup untuk kak rus makan 2 kali...iaitu untuk lunch dan dinner.

Inilah peket berasnya Madiha......1kg harganya RM4.50....kak rus beli kat Giant....





Kak rus mencuba kerabu belimbing buluh ngan daun cekur....Kalau orang selatan gelar urap.Bagi orang utara tiada perkataan urap....semua hidangan begini dipanggil kerabu.
Buah belimbing dihiris nipis begitu juga dgn daun cekur.Untuk menghilangkan rasa masam belimbing rendam sekejap dalam air garam kemudian perah airnya....digaul dengan sambal kelapa dan dicampur dengan bawang besar yang dihiris nipis...rasa asam garamnya....kalau kurang masam perahkan limau kasturi....mmmm sedapppp..
Kalau tak dak daun cekur....guna belimbing saja pun tak jadi masalah....kak rus tambah cekur pasal la ni daun cekur tengah naik segar bugar di laman....



Ini pula juadah untuk minum petang semalam....Kuih Cangkir Labu.......resepi asalnya diberi nama Talam Labu....kak rus pandai-pandai jadi labu....pi boh nama kuih cangkir labu pasal kak rus tak buat dalam talam tapi buat dalam cawan lompang...kak rus ambil resepi dari Majalah Saji 2003....






Resepinya
Bahagian bawah
300 gm labu lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi(kak rus guna tepung kastard)
150 gm santan pekat
150 gm air
250 gm gula(kak rus kurangkan....rasanya sukatan ni manisss)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil vanilla
Semua bahan diblend kemudian kacau sebentar di atas api.(Sementara tu...panaskan kukusan)....tuang adunan 3/4 acuan shj....jangan penuh....kukuskan 10 minit....kemudian tuang pula adunan bahagian atasnya dan kukus lagi 15 minit.Sebelum angkat keluar dari pengukus ...buka tudung pengukus dan biarkan lagi 5 minit supaya lembapan di permukaan kuih menjadi kering/tidak berair.

Bahagian atas
100gm tepung ubi(kak rus tukar yg ni jadi tepung gandum)
2 sudu besar tepung gandum(yg ni jadi tepung ubi)
200gm santan pekat
200 gm air
1 sudu kecil garam
Kacau dahulu bahan bercampur ini diatas api....kacau separuh pekat...kemudian tuang diatas adunan yang dikukus 10 minit tadi dan teruskan kukus lagi 15 minit.




Assalamualaikum......Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net