Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Jul-2010 14:35 Email | Share | Bookmark
Udang Sedang-sedang Saja......

 
 
Balik dari Holiday Villa Hotel kat Alor Star nun teringin pulak nak makan Mee Udang.Hari ini bila selongkar peti ais ada udang yang sedang-sedang saja....hentamlah.Kak rus buat ingat-ingat lupa resepi yang kak rus pernah tengok Chef Wan atau mak sedara dia yang Cina yang dok kat Singapore tuuu...dah berapa tahun punya resepi.Kak rus catat resepi pun lintang pukang.Tapi bila kak rus pi cari kat Myresepi adalah resepinya...jadi kak rus gabung pi gabung mai jadilah Mee Udang ni...



Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
1/2 kati udang basah - bersaiz sederhana
6 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
sedikit gula batu(kak rus tak boh pun)
sedikit belacan-dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar- kisar
3 hiris halia-dikisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
3 camca sos ikan
sedikit tepung jagung utk pekatkan kuahnya
1/2 kati sayur kangkung/sawi
1/2 kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tauhu/seafood tauhu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Telur rebus

Cara:
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya,ketepikan.
Tumis bawang putih,bila agak kuning masukkan serbuk lada hitam serta kepala dan kulit udang-goreng hingga wangi.Ambil sedikit air rebusan udang,masukkan dalam gorengan kepala udang tersebut dan kisar kemudian tapis ambil airnya.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti,cili kering bawang merah, dan belacan.

Setelah naik wanginya masukkan air rebusan udang dan air kisar kepala udang
Masukkan sos cili,sos tomato, garam, gula batu,sos ikan dan kiub ayam.Untuk pekatkan kuahnya masukkan bancuhan tepung jagung.Untuk labih berperisa,mesinkan 5-6 ekor udang yang direbus dan masukkan ke dalam kuah.

Sayur kangkung dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama taugeh, sawi/kangkung, bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng,telur rebus dan daun sup. Perahkan limau kasturi.



Pagi tadi buat Apom Lenggang...ikut resepi Wila.....tapi kak rus derhaka lah Willa...kak rus boh sebiji telur......huhuhu.....Bila bagi kat Kak Nab dia pun suka....TQ Wila...Kak rus buat tapai nasi dah masuk hari ke-3....dan masih ada bakinya.



Quote:
APOM LENGGANG(APOM INDIA)

Bahan2:
150gm tepung beras
200ml santan
1/2 camt yis + dg 50ml air suam-perap 10 minit
30gm gula
1/4 cawan tapai nasi

cara2:
campurkan kesemua bahan kecuali yis mesin n tapis setelah itu masukan bancuhan yis tadi tutup dan simpan hingga kembang berbuih2 lebih kurang 1 jam.
setelah kembang kacau rata tuangkan sesenduk adunan ini ke dlm kuali
di biarkan seketika baru tutup
setelah tepinya kekuningan kikis tepi2nya dan angkat
cara menghidang di lipat atau pun di biar terbuka pun boleh
makan bersama kari ayam atau kelapa parut putih pun boleh.

Tapai Nasi
- 250 gm nasi yg tlh disejukkan
- 1 camca teh ragi yg telah dihancurkan
- sedikit gula
- 1 camca besar air
Tapiskan ragi dgn menggunakan penapis teh ke atas nasi kemudian kacaukan supaya rata.taburkan sedikit gula dan renjiskan lebih kurang 1 camca besar air gaul rata.Tutupkan bekas dan simpan selama 2 malam sebelum digunakan untuk membuat kuih2 yg menggunakan tapai nasi(selepas 2 mlm tapai nasi ini mesti disimpan dalam peti sejuk.. tahan lbh kurng 2 buln)




Assalamualaikum.....Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net