Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-Jul-2010 17:10 Email | Share | Bookmark
Tak Jadi Tepung Bungkus....Tapi Jadi Badak Berendam.

 
 
Bila tengok masih ada berbaki inti kelapa yang kak rus buat Pulut Inti dan Apom Perlis....teringin pulak kak rus nak buat Tepung Bungkus.......tak jadi.Hujan lebat menyebabkan malas betul kak rus nak kait daun pisang.Kak rus buat lah kuih ni....Kuih Badak Berendam......tak nampak pun macam badak ...hihihiii...



Resepinya
Secukupnya inti kelapa
Secukupnya tepung pulut
Sedikit air/air pandan
Sedikit pewarna hijau dan merah jambu
Uli tepung tu dengan sedikit air dan pewarna...jangan bagi lembek seeloknya
bagi keras sikit baru senang nak boh inti dan gentel bagi bulat dan susun dalam bekas untuk dikukus.
Adunan berendamnya
1 cwn tepung beras
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil tepung pulut
3 1/2 cwn santan
Sehelai daun pandan disimpul
Sedikit garam
Kacau semua adunan bagi sebati kemudian kacau atas api separa pekat.Tuangkan adunan ke dalam bekas yang disusun bebola anak badak tu kemudian kukus dengan api sederhana 15-20 minit.Sejukkan baru dipotong untuk dihidangkan.


Ini salah satu hidangan semalam....Kentang Sambal Hijau.....sedap makan ngan nasi panas-panas..........hujan-hujan ni laju je walaupun makan nasi beras perang yang seciput tu......



Resepinya
1 bungkus tempe
2 biji ubi kentang dibelah 8
2 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
10 biji cili api*
2 batang serai*
sedikit kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit perasa ayam
sedikit sos ikan.
1. Tempe dan kentang yang dah dipotong digaul garam dan kunyit kemudian digoreng berasingan.
2.Mesinkan bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.Panaskan minyak dan tumis bagi kering dan naik minyak.
3.Masukkan potongan bawang besar kemudian tempe dan ubi kentang serta tambahkan perasa ayam dan sos ikan.Dikacau sebatidan dibiarkan seketika....barulah dihidangkan....




Assalamualaikum.....Terima Kasih Semua......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net