Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Aug-2010 09:40 Email | Share | Bookmark
Senaman Kempiskan Perut Pula....

 
Tiap-tiap hari masak dan tiap-tiap hari makan.......kemungkinan kita akan menjadi gemuk.Paling tak suka tengok kalau perut membuncit....huhuhu.Bergaya dengan pakaian secantik mana pun rasanya macam ada yang tak kena.
Hari ini kak rus terjumpa satu nota berkenaan senaman bagaimana nak mengempiskan perut ditulis oleh Puan Foong Yee Kai,Ketua Jabatan Jurupulih Anggota,Hospital Besar Kuala Lumpur(tahun berapa ya....rasanya tahun 80an kot...)Terjumpa dalam buku resipi lama yang kak rus gamkan di muka surat terakhir......hehehehe.Bolehlah juga dibuat panduan....

Lakukan dengan senaman 4 dan 5 yang pertama,dengan mengulangi setiap satu sebanyak 8 kali hingga 10 kali dan tingkatkan ia secara beransur-ansur.Apabila anda boleh melakukan 15 ulangan setiap senaman dengan selesa,maka bolehlah diikuti dengan senaman yang berikutnya.
Untuk mendapatkan kesannya,anda perlu cuba melakukan senaman ini setiap hari atau sekurang-kurangnya 5 kali seminggu untuk 15 hungga 20 minit satu sessi.

1.Baring terlentang dengan lutut bengkok dan kaki mendatar ke lantai.Tarik (ke dalam) otot perut anda,kenakan tempat duduk anda(buttock) dan tekan badan anda ke lantai.Senangkan diri.

2.Kedudukan sama dengan senaman 1.Tarik (ke dalam) otot perut anda,angkat kepala dan bahu anda ke atas dan capai lutut dengan tangan.

3.Kedudukan sama dengan senaman 1.Tarik(ke dalam) otot perut anda.Angkat kepala dan bahu anda,sentuh lutut kiri dengan tangan kanan.Baring telentang.Ulangi dengan tangan kiri menyentuh lutut kanan.

4.Kedudukan sama dengan senaman 1.Tetapkan kedudukan kedua-dua bahu dan pusingkan kedua-dua bahu ke kanan.Kembali kepada posisi tengah kemudian pusingkan kedua-dua bahu ke kiri.

5.Baring telentang dengan kedua-dua kaki lurus.Rentap pangkal paha kanan anda ke arah bahu.Senangkan diri.Ulangi dengan kaki sebelah lagi.

6.Kedudukan sama seperti senaman 5.Letakkan tangan anda di belakang kepala.Bengkokkan kedua-dua lutut ke dada.Kemudian luruskan dan perlahan-lahan jatuhkan kaki ke lantai


Boleh juga ikut ini kalau mahu...



Sebenarnya semalam tu updated tak habis.....suami kak rus ajak pi MRSM,Kulim. Kemudian bila selesai urusan,kami ke The Tree Top Walk di Sg. Sedim....Dok pi Kulim selalu tapi tak pernah ke sini....oooooooooohhhhh........ramai manusia bermandi-manda dan berkelah di sini.Nanti kak rus buat entry khas untuk itu.
Sebelum pergi kak rus menyediakan kuih India ni.......Kuih Vade Urad Dhall......lama tak makan....teringin pula.Sedap rasanya....tapi masa membentuk untuk digoreng jadi masalah sebab adunannya menjadi lembik walaupun kak rus menggunakan 1sudu teh saja air.Nak buat berlubang tengah macam kuih keria tak boleh tapi kak rus cuba juga...... hehehe........, herot-perot lah jadinya....huhuhuhu......Nak kena tanya Love....buat macam mana ha.......?



Untuk menunaikan permintaan Amal....kak rus c&p gambar kacang ulundhu tu.....kacang hitam yang tidak berkulit yang digunakan juga untuk buat tosei....



Resepinya

1 cwn kacang ulundhu tanpa kulit direndam semalaman
2 biji cili hijau (kak rus tambah cili burung sikit)
sedikit hirisan halia
1/2 biji bawang besar (kak rus tambah)
sedikit jintan manis(kak rus tambah)
sedikit kiub perasa ayam (kak rus tambah)
sedikit daun kari (kak rus tambah)
sikit saja garam dan gula
1 st air

Kacang yang siap direndam ditoskan.
Semuanya dimesin dgn food processor,kemudian dibentuk dan digoreng.




Assalamualaikum.....Terima Kasih semua.........


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net