Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Aug-2010 21:30 Email | Share | Bookmark
Hirup Udara Segar The Tree Top Walk di Sg.Sedim,Kulim......

 
 
 
 
 
 
 
Tak berhajat pun nak ke sini......entah macam mana bila selesai urusan di MRSM,Kulim.... suami kak rus bawa ke situ.Alang-alang dah sampai Kulim jom lah kita......Rupanya ramai pengunjung lebih awal dah sampai.Di bahagian bawah tempat parked kereta disediakan dgn bayaran RM2.00.....iaitu di lokasi Hutan Lipur Arus Deras Sg.Sedim....airnya jernih pasti sejuk menggigil....Wah....memang best sangat untuk perkelahan.
Di sebelah kanannya pendakian menuju ke The Tree Top Walk.....bayarannya RM10.00 dikenakan....ada rumah persinggahan di situ dan tempat makan disediakan.
Bagus juga.......jalan-jalan sedut udara segar yang banyak oksigen......kak rus paparkan sebahagian gambar yang dirakamkan.













Balik dari Sg. Sedim kak rus buat ni.....Aga-agar Talam Kacang Merah....mmmmmmm sedap makan sejuk-sejuk....



Untuk memenuhi permintaan auntie Umi Kal, kak rus perturunkan resepinya

2 sudu besar serbuk agar-agar
200 ml santan pekat
140 gm gula
800 ml air
2 sb susu pekat
300 gm pes kacang merah yg diguna untuk buat inti pau-boleh buat sendiri....rebus kacang merah sampai empuk kemudian dikisar halus dicampur sedikit gula dan minyak.
1 sb esen vanilla 1 helai daun pandan.
Didihkan agar-agar dengan air dan daun pandan kemudian masukkan gula,santan,susu,pes kacang dan esen.Kacau sebati dan tuang ke dalam acuan....bila separuh beku tuangkan perlahan-lahan bahagian atasnya.

Lapis atasnya
100 ml santan
1/2 sb agar-agar
200 ml air
1 sk gula
sedikit garam
sehelai daun pandan
Didihkan agar-agar dengan air kemudian masukkan bahan selebihnya kemudian tuang perlahan-lahan ke atas agar-agar bahagian bawah tadi dan bekukan.Bila keras dan sejuk masukkan ke dalam peti sejuk.




Assalamualaikum.....Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net