Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Aug-2010 12:15 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih........1.Kuih Lapis Pisang

 
Sepanjang bula Ramadhan ni....Insyaallah kak rus memang banyak masa jadi berhajat kalau tak sakit demam nak update n3 setiap hari dengan sejenis kuih yang kak rus buat.Kak rus nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan fp dan blog yang menjadi rujukan kak rus menyediakan kuih-muih ini....tanpa kalian rasanya tak tahu nak cuba kuih yang mana.Mungkin promosi terhadap kuih itu juga gambar-gambar kuih yang menarik menyebabkan kak rus ingin mencubanya.....
Semalam kak rus mencuba Kuih Lapis Pisang yang selalu dipromosi oleh Madiha tapi kak rus c&p resepi dari rumah Ummi.Kuih ini sebenarnya dari resepi Puan Hanieliza....Terima kasih kepada semua........sedap kuih basah ini dan puan-puan yang lain pun boleh mencubanya sebab tak susah menyediakanya.Kak rus guna acuan bulat 8 inci dan cukup untuk kami 4 orang dalam keluarga.....



Quote:
KUIH LAPIS PISANG - Dari rumah Ummi -TQ.....
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)

Bahan A:-

* 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula pasir
* 2 sudu makan tepung beras
* 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
* 1 sudu teh garam

Bahan B:-

* 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
* 1/4 cawan air
* sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)

Bahan C:-

* 1/4 cawan air
* sedikit pewarna merah

Cara Membuat:-

1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang.
8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net