Want your
own Fotopage?






 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Aug-2010 05:03 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih-3.Kuih Tepung Talam

 
Semalam bila tanya suami kak rus dia nak makan kuih apa .....suami kak rus jawab...."Buatlah tepung talam........"Kak rus pun buatlah tepung talam......tepung talam gula merah yang memang disukai oleh orang lama-lama.



Resepinya diperbaiki dari majalah Saji

100 gm gula merah-kak rus guna 80 gm shj
2 sb gula putih
sehelai daun pandan diikat
2 1/2 cwn air
Keempat bahan ini direbus jangan sampai pekat cuma hingga gulanya larut.

1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
1 sb tepung ubi/jagung
1 sb air kapur
sedikit garam
Keempat empat bahan ini disebatikan dan dicampur dengan air gula yang suam yang ditapis terlebih dulu kemudian dituang ke dalam loyang berukuran 8 inci dan dikukus separuh masak.
Tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus dgn api sederhana .

Bahagian atas
1/2 cwn tepung beras
1 1/2 cwn santan
sedikit garam
Ketiga-tiga bahan ini diadun sebati dan dikacau sebentar diatas api, bila naik wap tuangkan ke atas lapisan bawah yang dikukus tadi dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.
Biarkan sejuk baru dipotong dgn pisau yang basah.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net