Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 15-Aug-2010 12:05 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih - 4:Kuih Sardin Gulung

 
Semalam baru buat kuih Sardin Gulung yang diidam-idamkan......Pastrinya kak rus adunkan 1 bahagian tepung dan 1/2 bahagian lemak sayur/majerin/butter dan sedikit garam kemudian dilembutkan dengan air ais.Sebahagian dari sardin gulung tu kak rus taburkan parutan chedar cheese selain daripada yang plain yang kak rus sapukan dgn egg wash.....Kuantiti adunan yang kak rus buat boleh dapat lebih kurang 25 biji....



Resepinya
Pastri
150 gm tepung gandum
75 gm lemak sayur/majerin/butter
secubit garam
4-5 sb air ais
Adunkan dahulu tepung,garam dan majerin hingga mcm serbuk roti kemudian
lembutkan dengan air ais dan diuli hingga sebati dan lembut.
Canai pastri menjadi 3mm / 1/8 inci tebal....potong dgn pisau cutter kepada segi empat
bujur 2in x 2.5 inci.Isikan inti kemudian basahkan tepinya dengan air lalu digulung
kemas.Susun di atas dulang pembakar bergris,sapukan egg wash dan bakar hingga kekuningan.
Intinya
3 ekor sardin sedang dilecek
1 biji kentang,direbus dan didadu
1 biji cili merah didadu
1biji bawang besar didadu
1/2 sudu teh jus limau
2 sk mayonis
sedikit serbuk lada hitam
secukupnya garam dan minyak
Tumis bawang kemudian masukkan semua bahan yang lain...rasa asam garamnya dan
biarkan sejuk dan boleh diguna untuk kuih-kuih yang sesuai yang lain...




Assalamualaikum dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net