Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Aug-2010 11:45 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih-5 : Kuih Lopes Segitiga

 
Awal-awal puasa hari tu,Puan Asma datang fp kak rus.Katanya nak ambik resepi lopes.Semalam anak kak rus pula bagi idea," Buat lopes lah mama....."Kak rus rasa kuih lopes ni memang tak boleh lari dari bulan Ramadhan ni....hehehe
Kali ini kak rus buat lopes segitiga pula.Pulut ditanak mentah dengan air jus pandan dan dibungkus berbentuk segitiga macam ketupat kemudian disusun 3 dan diikat.Disebabkan ikatan tu tak berapa kejap kak rus kukus sahaja si Lopes tuuuu.....senang cerita.Kuantiti pulut yang kak rus guna boleh dapat sebanyak 14 biji kuih lopes bersaiz kecil.



Kali ini kak rus buat sikit saja
1 1/2 cwn beras pulut yang direndam terlebih dahulu
1 1/2 - 2 cwn air jus pandan
1 sk air kapur
sedikit pewarna hijau epal
Semuanya ditanak dengan api sederhana sampai kering dan separuh masak.
Balut berbentuk segitiga dan disusun tiga kemudian diikat.Kukuslah lebih kurang 40 minit.

Bila sejuk golekkan ke dalam kelapa parut putih yang dicampur sedikit garam dan dihidangkan dengan air gula merah/gula melaka.....enaknya.



Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net