Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Aug-2010 04:02 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih - 6 : Pulut Serimuka Jagung

 
Kuih ini kak rus buat kerana kes nak perabiskan beras pulut dan jagung cream yang tersimpan dalam peti ais.Seperti biasa kak rus menggunakan loyang bulat berukuran 8 inci.



Resepinya:
Bahagian bawah
1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
1 1/2 cwn santan
sedikit garam dan gula
1 st butter
Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.

Bahagian atas
2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja)
1/3 cwn gula pasir
1/2 cwn santan pekat
1/3 cwn susu cair
2 sb tepung gandum
1 sb tepung custard
sedikit garam dan vanilla
sedikit pewarna kuning
2 sb jagung cream
Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.






Assalamualaikum.......dan Terima Kasih Semua.......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net