Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Aug-2010 03:48 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih - 7 : Cucur Udang Kepal

 
Semalam kak rus bersama Kak Nab dan Datin ke Tanjung Dawai....hehehe macam biasa bila tiba bulan puasa pi cari ikan kering.Sebelum ke Tanjung Dawai, Datin ajak ke gerai ikan dan sayur kat Taman Kempas.Alahai....banyak ikan segar ,udang,sotong dan macam-macam kat situ.Kak rus pertama kali sampai kat gerai-gerai tu.....Teringat kat Rinnchan......pasal Rinn dok area situ lah perasan kak rus.
Balik dari Tanjung Dawai,kak rus singgah sekejap kat Rumah Datin......bila nak balik Datin bagi buah kundur.Jadi semalam kak rus buat gulai buah kundur dengan ikan bilis.Pukul 7.00 mlm baru kak rus buat cucur udang kepal sebab cucur ni makan panas-panas baru sedap.Udang kepal kak rus beli kat Tanjung Dawai.......bersama ikan-ikan kering yang lain antaranya ikan otek,ikan selangat,ikan bilis tamban(yang ni mesti beli),ikan bulu ayam dan ikan sepat ronggeng.
Udang kepal di panggil juga udang geragau kena cuci bersih untuk hindar dari pasir halus......siap buat cucur kak rus gunting pendek-pendek cucur tu kemudian kak rus cucuk dengan lidi (yg dah bertahun dok simpan).Tak sempat kak rus buat kuah kacang,kak rus jurai dengan cili sos dan mayonis sahaja.



Resepinya kak rus rasa semua orang reti buat......hehehe

2 cwn tepung gandum
1 sb tepung beras
1 st baking powder
1 cwn udang kepal dicuci bersih
1 biji cili merah dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu
4 btg daun kucai
sedikit taugeh
sedikit serbuk kunyit
1 st air kapur
garam dan gula
sedikit serbuk perasa ayam
air secukupnya
Semua bahan diadun sebati dan dibiarkan sekejap....kemudian digoreng minyak penuh.




Assalamualaikum.....Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net