Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Aug-2010 04:07 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih 8 : Agar-agar Buah

 
Semalam kak rus ke hospital.......ambik ubat.Balik dari hospital kak rus ke Tesco mencari apa yang patut.Kak rus ternampak buah strawberry....beli aje la dengan buat kiwi....
Balik kak rus pun buat agar-agar yang mudah ni..........Untuk juadah bersama nasi kak rus buat asam pedas Melaka guna ikan pari,goreng cili api tauhu telur,bakar ikan cencaru dan buat air asam.......alahai lama tak buat asam pedas ni.......sedapnya...



Resepi mudahnya

1 sb agar-agar serbuk
5 cwn air
3/4 cwn gula pasir
sehelai daun pandan disimpul
5 biji buah strawberry didadu
1 biji buah kiwi didadu
2 potong buah peach dalam tin didadu kasar
Rebus agar-agar dengan daun pandan....bila nampak sebati dan larut masukkan
gula.Tuangkan ke dalam acuan dan masukkan buah-buah tadi berselang-seli dan biarkan sejuk.Bila sejuk masukkan ke dalam petisejuk...bila nak tanggalkan dari acuan....rendamkan sekejap acuan berisi agar-agar tu ke dalam air panas,keluarkan dari acuan dan hidangkan.....




Assalamualaikum...dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net