Want your
own Fotopage?







 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Aug-2010 05:29 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih - 9 : Popia Goreng Inti Sardin

 
Inti sardin lebihan buat Sardin Gulung hari tu masih berbaki dibekukan,jadi semalam kak rus perabiskan inti tersebut jadilah popia ni.....mudah dah boleh dicuba.



Resepinya
Kulit popia yang mencukupi
1 sb tepung gandum
sedikit air
Tepung gandum dicampur air untuk dijadikan pelekat kulit popia bagi kemas selepas dimasukkan inti.Goreng popia tersebut dalam minyak penuh dengan api sederhana.Hidangkan bersama sos cili Thai.....sedapnya...
Intinya
3 ekor sardin sedang dilecek
1 biji kentang,direbus dan didadu
1 biji cili merah didadu
1biji bawang besar didadu
1/2 sudu teh jus limau
2 sk mayonis
sedikit serbuk lada hitam
secukupnya garam dan minyak
Tumis bawang kemudian masukkan semua bahan yang lain...rasa asam garamnya dan
biarkan sejuk dan boleh diguna untuk kuih-kuih yang sesuai yang lain...




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net