Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 21-Aug-2010 11:30 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih - 10 : Kuih Jongkong

 
Kuih Jongkong nama diberi....ini kuih tradisi orang utara.Ada juga kuih yang lebih kurang sama,tak silap kak rus di Kelantan kot....diberi nama Lompat Tikam.Kak rus buat ni pun pasal ada lagi sirap gula merah dalam petiais yang buat lopes hari tuuuu...
Semalam semasa kak rus dok kacau adunan kuih ni atas dapur,suami kak rus bawa balik sebungkus Murtabak....jadi.....ahhhhhhh.....ada dua jenis lah - satu kuih manis dan satu kuih pedas.Kuih ini lebih kurang macam cendol....dihidangkan dengan air gula merah dan santan dicampur sedikit garam.


Resepinya
1 cwn tepung beras
1sudu besar tepung jagung/ubi
3 cwn air jus pandan
sedikit pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
Kesemua bahan diadunkan sebati dan dikacau atas api sampai berkilat dan masak.
Tuangkan ke dalam loyang atau acuan-acuan kecil yang dilenser minyak dan biarkan sejuk.Kalau yang tuang dalam loyang,potong menyerong dan dimasukkan dalam mangkok dan dihidangkan dengan sirap gula merah dan santan yang dicampur sedikit garam.




Assalamualaikum.......Terima Kasih Semua....
Esok Ahad sampai Selasa kak rus akan ke KL.... bercuti tiga hari.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net