Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 22-Aug-2010 00:22 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih - 11 : Pulut Rempah Udang

 
Suka sangat dengan pulut panggang rempah udang ni.....sedap sangat.Resepi nyonya negeri Melaka yang enak untuk dihidangkan.Sebelum berangkat ke KL atas urusan visa belajar anak dara kak rus yang tersangkut,(terpaksa juga ke sana di bulan puasa ni) kak rus teruskan dengan resepi ke-11.
Apa pun semua pengunjung rasanya boleh mencuba kuih ini yang enak sangat.



Resepinya yang diperbaiki
2 cwn pulut direndam
1 cwn santan pekat
sedikit garam
sedikit gula
daun pandan disimpul
Kukus pulut bersama air kukusan yang dimasukkan daun pandan.Bila pulut masak masukkan pulut ke dalam mangkok dan gaul dengan santan yang terlebih dahulu disebatikan dengan garam dan gula.Bila dah sebati tutup mangkok berisi pulut tu dan ketepikan.

Intinya...boleh dibuat lebih awal 2 atau 3 hari kemudian simpan dalam peti ais...nak guna keluarkan dan panaskan.

50 gm kelapa parut ditumbuk berasingan
50 gm udang kering direndam dan ditumbuk berasingan
50 gm udang hidup tanpa kulit dicincang
1 sb minyak
1 sb biji ketumbar disangai*
sedikit cekur*
1 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1 biji cili merah*
2 btg serai dihiris*
2 biji buah keras*
1/2 st serbuk lada*
1 1/2 sb gula
1 sb kerisik
garam
2 sb air
Tumbuk bahan-bahan bertanda *.Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut bila naik baunya masukkan kelapa,udang kering dan udang hidup.Kacau sebati kemudian masukkan air,kerisik,gula dan garam.Bila agak sebati dan agak kering tandanya dah masak.Sejukkan.
Daun pisang disapu sedikit minyak dan lepakan sesudu pulut,masukkan inti dibalut sampai selesai dan dipanggang-kak rus goreng dalam pan yang dilenserkan sedikit minyak.




Assalamualaikum......dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net