Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Aug-2010 22:30 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih - 14 : Bingka Ambon Mini

 
Teringin sungguh kak rus mencuba kuih yang sedap ini.....kali terakhir kak rus menjamahnya semasa kak rus ke Pulau Karimun hari tuuuu.....tahun 2008 tak silap.Harum baunya kuih ini kerana diadun daripada santan yang dididih dengan daun limau purut....kak rus tak bau pun daun tu tapi memang baunya harum walaupun kak rus tak masukkan air rose atau vanilla ( kes terlupa ).



Resepinya selepas diubahsuai

Perapannya
2 st gula
2 st tepung gandum
2 st yeast segera
3sb air
Kesemua bahan dicampur sebati dan diperap lebih kurang 15 minit.

3 biji telur A
75 gm gula pasir
50 gm tepung ubi
100 ml santan + 4 helai daun limau purut dididih sekejap kemudian dibiarkan sejuk.
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

Cara membuatnya
Pukul telur bersama gula hingga menjadi pekat dan pucat kemudian masukkan bahan perapan,tepung,garam dan santan yang sejuk(keluarkan daun limau purut).
Sebatikan dan dibiarkan bertutup 3 jam.
Panaskan ketuhar 10 minit awal.Lenserkan minyak/mentega cair lebih sedikit pada acuan-acuan kecil (kak rus guna 9 biji acuan muffin).....panaskan juga acuan + minyak tadi.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar lebih kurang 25 -30 minit.




Assalamualaikum .........Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net