Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 29-Aug-2010 22:45 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih - 15 : Lepat Kastad Pisang

 
Hari ni kak rus dan suami berbuka puasa di Restoran De Jeti,Semeling atas undangan Persatuan Bekas Perajurit cawangan Merbok.......ramai juga keluarga berbuka di situ selain kumpulan kami.Hidangannya taklah terlalu mewah macam di hotel....antaranya siakap bakar dan air asam,tomyam seafood,ayam masak kicap,telur dadar dan pemanis mulutnya buah kurma,bingka ubi kayu dan popia goreng.Kami dihidangkan dengan 3 jenis minuman iaitu air kosong,teh tarik dan jus orange.
Kak rus bawa bekal kuih ini.....Kuih Lepat Kastad Pisang....resepi dari Majalah Her World tahun 70 an.....



Resepinya
1 cwn tepung custard
1/2 cwn gula (kak rus kurangkan sikit)
seketul gula melaka yang kecil didadu
1 cwn air
sehelai daun pandan
2 1/2 cwn santan + secubit garam
4-5 biji pisang raja dibelah (kak rus guna pisang emas)
1 cwn kelapa parut putih + sikit garam untuk dihidangkan bersama (optional)

1. Daun pisang dilayur dan digunting bersaiz 8"x 6" dan dibersihkan.
2.Didihkan gula melaka bersama 1 cwn air dan daun pandan bila larut ditapis.
3.Campurkan tepung custard,gula dan santan kemudian tuangkan air gula merah dan terus mengacaunya di atas api.Kacau sampai pekat.
4.Lepakan sesudu adunan ke atas daun pisang yang digris sedikit minyak/marjerin,letakkan belahan pisang dan sedikit lagi adunan....dibalut hingga selesai dan dikukus 10-15 minit .Boleh dihidangkan dengan kelapa parut.



Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net