Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Aug-2010 22:22 Email | Share | Bookmark
Sehari Sejenis Kuih - 16 : Roti Kerca

 
Bila kak rus taip roti kerca kat google terus jumpa resepi di rumah Amal....TQ Amal.Kak rus buat roti kerca dihidangkan dengan kari daging biasa.....sedap gak macam makan roti jala...hehehehe....Kalau buat kuah macam resepi Amal pasti lagi sedap......


Resepinya c&p dari rumah Amal....TQ Amal....Kak rus buat 1/4 adunan sahaja..
Quote:
ROTI KERCA
Sumber resipi- Azie & Syed Sobrie (majalah saji)

Bahan A:- kita buat 1/2 adunan
1 kilogram tepung gandum
5 biji telur
garam dan air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.Jangan gunakan terlalu banyak air,tuang sedikit demi sedikit.kecairannya seperti ingin membuat lempeng.
2.Setelah itu dadar diatas kuali non-stick.Ia tidak perlu dibalikkan.Sama seperti membuat kuih dadar.
3.Setelah itu gulung dan potong serong.

BAHAN KUAH:
1/2 kg daging cincang
1/2 cawan tomato puri atau lebih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 peket kecil serbuk kari daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji bunga cengkih
Sedikit air jika pekat

UNTUK TABURAN HIASAN:
Bawang goreng
daun bawang

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis rempah biji dan bawang hingga naik bau dan kuning.
2.Masukkan rempah kari,dan tumis lagi.
3.Tuangkan tomato puri dan daging cincang.Bubuhkan garam dan gula.
4.Renehkan sehingga kuahnya pekat.
5.Sewaktu makan hendaklah dibubuh bawang goreng dan daun bawang.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semuaaa...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net