Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 1-Sep-2010 12:10 Email | Share | Bookmark
Biskut Raya Pertama - Swiss Tart Kegemaran Keluarga

 
 
Setiap tahun kak rus pasti buat tart ini.....kecuali tahun sudah disebabkan jari-jemari kak rus sakit...huhuhu.Alhamdulillah...tahun ini dah tak sakit lagi jadi kak rus mulakan dengan biskut ini yang menjadi kegemaran semua ahli keluarga dan pastinya tetamu yang datang.



Sekiranya ingin mencuba inilah resepinya

225 gm butter
120 gm gula ising
1 biji telur
275 gm tepung gandum
75 gm tepung jagung
1 st vanilla
Badam cincang
Jem strawberry dibeli di kedai bakery (untuk buat tart)

Pukul butter dengan gula 3 minit,masukkan esen.
Masukkan campuran tepung dan sedikit demi sedikit masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu.Sekiranya adunan masih lembik jangan risau masukkan sedikit lagi tepung.
Sediakan petitin dengan mangkok kertas,paipkan berpusar dengan nozle berbentuk bunga mcm buat semprit ,hiaskan dengan jem dan taburkan badam cincang.
Dibakar hingga masak.
Adunan ini boleh menghasilkan sebanyak lebih kurang 135 biji tart.


Untuk berbuka kak rus buat agar-agar/puding laici....dari rumah Hanieliza...TQ Puan Hanieliza...



Quote:
PUDING LAICI - Kak rus buat separuh sahaja.....

bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula(kak rus kurangkan sedikit)
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
1 tin laici [untuk hiasan]

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....

kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam memasaknya dan hiaskan dengan buah laici saja.




Assalamualaikum....Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net