Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 4-Sep-2010 02:55 Email | Share | Bookmark
Lagi Biskut Kegemaran Keluarga - Chocolate Almond Cookies

 
Kak rus buat biskut kegemaran keluarga lagi....hehehe...balas dendam pasal tahun sudah satu biskut pun kak rus tak buat dan jatuh rindu dengan biskut ini.Resepinya kak rus ambil dari rancangan Simply Delicious RTM 2....tahun 90an kot...tak ingat tahun pasal tak catat.Kalau ikut resepi biskut ini menggunakan 100 gm coklat masakan yang diparut atau cincang tapi kak rus guna separuh sahaja,separuh lagi kak rus cairkan dan jurai di atasnya.



Resepinya
100 gm butter
2 cwn gula perang (kak rus kurangkan sikit)
100 gm coklat masakan (kak rus guna separuh.separuh lagi dicairkan utk dijurai)
2 1/2 cwn quaker oat
2 cwn tepung gandum
1 cwn badam cincang/walnut/pistachio
1 st baking powder
1/2 st soda bicarbonate
200 gm chocolate chips
2 biji telur A
1 st vanilla
secubit garam
Pukul butter dengan gula dan vanilla 3 minit,masukkan telur sebatikan sekejap dan masukkan campuran bahan-bahan yang lain.Adunkan sebati.
Sudukan atau bentukkan dengan jari dan bakar lebih kurang 20 minit.
Biarkan sejuk atas redai dan juraikan dengan cokelat masakan yang dicairkan.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net