Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Sep-2010 13:26 Email | Share | Bookmark
Teringin Pula Nak Mencuba Tat Gulung Blueberry

 
Selepas menangkap gambar biskut raya di Alamanda....dalam hati tergerak nak mencuba Tat Gulung Blueberry.Bahan yang penting untuk resepi ni semuanya ada....sebab baru pi pula kat Bakeri Sayang....pi beli pewarna purple dan perasa blueberry.Selain tu kena guna inti jem nanas blueberry.Kak rus bukan hanya menggunakan warna purple malah kak rus campur sedikit warna merah dan warna merah jambu....jadilah rasanya macam tart gulung yang kak rus tengok kat Alamanda tuuuu....



Resepinya
250 gm butter
40 gm gula icing
2 biji kuning telur- kak rus guna 1biji telur (dipukul sebentar)
1 st esen blueberry
360 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
secubit garam
pewarna purple,merah jambu dan merah
jem nanas blueberry
cokelat masakan putih untuk juraian dipanaskan dalam ketuhar dengan sedikit shortening dan dikacau sebati.

Pukul butter bersama gula lebih kurang 3 minit,ratakan sebentar dengan spatula plastik kemudian masukkan semua pewarna dan dipukul lagi.
Masukkan campuran tepung dan garam yang diayak terlebih dahulu kemudian akhir sekali masukkan telur dan terus diadun sebati.
Paipkan adunan panjang-panjang,masukkan inti yang siap digentel dan gulung serta potong.Susun atas dulang pembakar....bila selesai bakar lebih kurang 15-20 minit.
Bila masak sejukkan dan boleh dijurai dengan cokelat masakan putih yang dicairkan dengan sedikit shortening.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net