Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 12-Sep-2010 09:21 Email | Share | Bookmark
Dah Hari Raya Ke-3

 
 
 
Hari raya tahun ini hari raya yang amat bersejarah....tak pernah dalam hidup kak rus merasai keadaan paling pilu dan sakit hati yang teramat sangat tapi apapun kak rus cuma coretkan rasa kepiluan secara selayang pandang utk kak rus cuma.Biar kak rus lempar jauh-jauh seketul peristiwa paling merobek jiwa kak rus ni....2 malam tak boleh lena memikirkan ada insan sebegini hina melayan kami sekeluarga di hari raya yang mulia ini dengan........aaaah....sungguh memilukan,sungguh terhina,anak beranak balik dengan tangisan dan sedu-sedan.Nasib baik ada suami kak rus yang memang perkasa dan mempertahankan kebenaran bagi pihak kak rus.
Untuk hidangan hari raya di rumah kak rus ...kak rus menghidangkan Soto (tak sempat nak ambil gambar)ketupat,rendang dan serunding malah cookies yang kak rus buat.
Kak rus buat rendang kerang bila dengar Datin dok sebut-sebut....rasa terlior dan ingin mencubanya.Serunding pula serunding daging Kelantan yang saban tahun kak rus tak pernah missed....kak rus buat serunding ni 4 hari sebelum raya.Untuk lebih tahan lama kak rus masukkan 40-60 minit ke dalam oven dgn api sederhana dan setiap 10 minit kak rus alih-alihkan bagi samarata kegaringannya.

Macam-macam lagu raya ada....silalah dengar yaaaa....




Ketupat Pulut + kacang
1 kg beras pulut dicuci bersih
4 cwn santan pekat
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 helai daun pandan diikat
Daun palas secukupnya dibuka dahulu seharian sebelum membuat ketupat
1 1/2 cwn kacang ketupat direbus 3/4 empuk
Masakkan dahulu santan + garam + gula dan daun pandan atas api perlahan.Bila mendidih masukkan beras pulut dan sentiasa dikacau sehingga kering.Masukkan kacang dan dikacau sebati.Tutup periuk dan biarkan atas api kecil lebih kurang 20 minit.
Tutup api dan biarkan pulut sejuk seketika dan barulah dibalut.
Bila selesai dibalut gunting ekor ketupat tu dan bolehlah dikukus atau direbus lebih kurang 2 jam. Kak rus kukus sahaja




Resepinya.....ikut style Rendang Negeri Sembilan
Resepi lisan daripada Datin Juriah...TQ Datin.Rendang ini tak guna lengkuas.
1 1/2 kg kerang yang direbus sekejap tanpa air kemudian dikupas
250-300 ml santan pekat
3 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3-5 biji buah keras diketuk*
sedikit halia dan kunyit hidup*
16 tangkai cili api*
5 batang serai dihiris halus*
4 sudu besar kerisik
garam dan sedikit gula
daun kunyit dimayang halus
1 keping asam gelugor
sedikit minyak
bahan-bahan tumisan:kayu manis,bunga lawang,bunga cengkeh dan buah pelaga.
Mesin bahan yang bertanda*.Pijarkan minyak...tumiskan bahan tumisan kemudian masukkan bahan yang dimesin tadi dan masukkan santan....bila naik minyak dan nampak kering baru masukkan kerang,kerisik,garam,gula,daun kunyit dan asam keping.
Sedap dimakan bersama ketupat dan lemang.


Disebabkan ada lebihan nasi impit ....hari raya kedua kak rus buat Lontong....mmmm...sedapnya.



Untuk hidangan hari ini kak rus buat kue tiau sup.



Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semuaaa


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net