Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Sep-2010 15:30 Email | Share | Bookmark
Dua Hari Berturut-turut Buat Ketupat......

 
 
 
Semalam kak rus buat ketupat lagi memandangkan daun palas yang berbaki masih boleh diguna....buat ketupat cepat punya style.Kak rus buat style pulut lemak sahaja dan amat cepat disediakan.Alhamdulillah.....habis licin pasal ramai saudara-mara dari Alor Star dan bekas anak murid datang ke rumah berhari raya.Selain ketupat kak rus juga menjamu mereka Laksa Utara.Alahai...tak puas pula kak rus merasai ketupat tersebut....sebab kak rus berpuasa sunat.



Pagi ini lepas bersahur...kak rus buat lagi ketupat.Memandangkan daun palas dah habis kak rus menggunakan daun pisang.Kak rus buat style ringkas juga yakni style pulut lemak.
Senang dan cepat disediakan....kukus pulut yang direndam kemudian gaulkan dengan santan yang dicampur garam dan sedikit gula....biarkan seketika bertutup , balut macam buat kuih lopis kemudian kukus sebentar 10-15 minit......siap boleh dimakan.Buat pun pasal serunding masih ada.Untuk lunch kak rus buat Nasi Ayam....buat lebih sikit mana tahu kot-kot ada tetamu datang.....

Daun palas pun dah kering sikit....


Ketupat Pulut Segera
3 cwn beras pulut direndam semalaman
2 cwn santan pekat
1 sudu teh garam
3/4 sudu teh gula
2 helai daun pandan
secukupnya daun palas/daun pisang
Kukus beras pulut hingga masak(Air kukusan dimasukkan daun pandan)
Campurkan dan gaul sebati santan,garam dan gula.
Bila pulut masak,kaut masuk ke dalam mangkuk.....pulut tu mesti masih panas lalu tuangkan campuran santan tadi dan digaul sebati.
Tutup mangkuk berisi pulut dan campuran santan dan biarkan 30 minit.
Balut pulut tersebut dengan daun pisang (macam buat lopis) atau daun palas
Bila selesai bolehlah dikukus 20-30 minit.






Assalamualaikum......dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net