Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 19-Sep-2010 02:36 Email | Share | Bookmark
Anak Bongsu Dah Selamat Sampai ke UK....Alhamdulillah...

 
 
Dua bulan sebelum ke UK untuk sambung belajar anak kak rus dah buat persediaan untuk mendapatkan visa.Nasib malang menimpa anak kak rus dan kawan-kawannya seramai 23 orang yang lain kerana permohonan ditolak. Ada sedikit kesalahan borang yang tak disertakan sekali oleh pentadbir di tempat belajarnya di Sabah.Kesemua mereka hilang hangus wang belanja visa pada masa tu dengan kadar RM900.00 lebih.Mereka terpaksa buat semula visa dengan kadar bayaran baru RM1000.50.....alahai sungguh memeritkan.Berapa kali ulang alik ke KL kerana urusan ini.Hingga ke saat akhir keputusan untuk mendapatkan visa masih kabur......Last,last.....Encik Zul dari kementerian telefon pada pukul 11.30 pagi hari Jumaat mengatakan visa dah siap, anak kak rus kena berada di KLIA pada hari tu juga....mesti berada di KLIA pada pukul 8.00 mlm kerana ada taklimat keberangkatan mereka sebelum berlepas pada pukul 11.40 malam.
Alahai....kelam kabut jadinya suasana.Nasib baik dapat contact segera suami kak rus yang sedang berurusan di luar pejabat untuk majlis Jamuan Hariraya Persatuan Bekas Perajuritnya.... yang akan diadakan pada petang ini 19.9.2010
Lebih kurang pukul 12.15 tengahari,kami bertolak terus dari SP ke KLIA....Oooop... ada kemalangan pula di Kuala Kangsar....jalan jammed memanjang 30 minit......Pukul 6.00 ptg sampai ke Concord Inn, alhamdulillah...sampai juga tanpa sebarang rintangan lagi....Syukur,syukur dipanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala.
Pukul 2.48 petang semalam anak kak rus sms kata dia dah sampai ke Heathrow,London dan dalam perjalanan menaiki bas menuju ke Plymouth....di sana waktunya ialah pukul 7.54 pagi(masa tu kak rus baru keluar dari IKEA...hehehehe) Kak rus sampai kat SP dekat-dekat pukul 8.00 malam.Sekali lagi alhamdulillah kerana kak rus selamat sampai ke SP dan mereka semua(ada 4 groups semuanya) dah sampai ke tempat penginapan/hostel yang cantik bagai bilik hotel(kata anak kak rus)......alahai anak mama....belajar baik-baik ya......jangan lupa diri,jangan lupa keluarga dan semua di Malaysia.Mama mendoakan yang terbaik untuk adik...belajar bersungguh-sungguh...yaaaa.....







Assalamualaikum....Terima Kasih Semua
Kak Rus bercuti 2 minggu......bye....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net