Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Sep-2010 02:15 Email | Share | Bookmark
Lama Betul Tak Update

 
Setelah sekian lama bercuti.....rindu pula rasanya nak come back untuk bersiaran.Kali ini kak rus nak perturunkan resepi Serunding Daging yang saban tahun kak rus buat, tak pernah missed....mesti buat serunding ini setiap kali menjelang raya.Untuk lebih selesa semasa membuatnya,selalunya kak rus menggunakan dapur arang ....tak lah lenguh berdiri lama-lama.....dok atas stool plastik.Disebabkan serunding style ini tahan lama,awal-awal lagi kak rus dah buat, selalunya seminggu sebelum raya.



Resepinya
1 1/2 kg daging batang pinang direbus kemudian ditumbuk dan disiat-siat
1 kg santan pekat
20 - 25 tangkal cili kering digunting dan direbus*
1 kg bawang besar*(boleh dikurangkan tapi kak rus boh banyak-banyak lagi sedap)
5 ulas bawang putih*
1 inci kunyit segar*
1 inci halia dihiris nipis*
6 tangkal cili api*
1 1/2 sudu besar jintan putih ditumbuk kasar
1 1/2 sudu besar biji ketumbar ditumbuk kasar
2 keping asam gelugor
garam dan gula ikut rasa
minyak untuk menumis
Tumis bahan yang dikisar dan ditumbuk kasar hingga berbau harum dan naik minyak.
Bila dah naik minyak masukkan daging,santan,asam keping,garam dan gula.
Sentiasa dikacau atas api sederhana hingga kering.Kaiskan keluar asam keping sebelum hancur selepas kembang.
Untuk lebih garing dan tahan lama masukkan serunding ke dalam bekas aluminium(acuan bakar kek) dan bakar dalam ketuhar lebih kurang 40-60 minit dengan api sederhana 100-150 darjah.Sentiasa dialih dan dibalik-balikkan supaya garingnya samarata.




Assalamualaikum....Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net